Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEKNOLOGI. Papar semua catatan
WhatsApp Kini Percuma Sepenuhnya – Tiada Lagi Yuran Langganan Tahunan

WhatsApp Kini Percuma Sepenuhnya – Tiada Lagi Yuran Langganan Tahunan

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia dengan lebih 1 bilion pengguna. Kepopularannya menyebabkan ia dibeli oleh Facebook pada harga $19 Billion. Sebelum ini pengguna perlu membayar yuran tahunan sebanyak $0.99 setahun. Hari ini WhatsApp mengumumkan bahawa yuran tahunan ini tidak lagi akan dikenakan dan perkhidmatan mereka kini percuma sepenuhnya. Kepada pelanggan yang sudah membayar yuran tahunan, tiada pulangan wang akan diberikan.

whatsapp free

WhatsApp turut menekankan mereka tidak akan meletakkan iklan di dalam aplikasi ini bagi menjana keuntungan. Sebaliknya mereka akan menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan kepada perniagaan ataupun organisasi tertentu.

Sebagai contoh di masa hadapan WhatsApp boleh digunakan untuk berhubung secara rasmi dengan bank ataupun syarikat penerbangan sebagai saluran perhubungan rasmi. Dengan jumlah pengguna melebihi 1/7 penduduk dunia, WhatsApp ingin menjadi aplikasi pemesejan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

P/S - Lepas ni tak de masalah dah untuk korang nak tukar nombor bagi yang selalu tukar nombor tu. Spesis yang setahun tu dalam 7-8x beli sim starter pack. :D
Sumber :  Whatsapp ; Amanz
HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi

HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi

HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi

I Wayan Sumardana atau nama panggilan Tawan mengelas tangan robotik di belah kirinya yang menggantikan tangan kirinya kerana lumpuh di bengkelnya, Desa Nyuhtebel, Karangasem, Bali pada 17 Januari 2016. Dia yang berkelulusan Sekolah Teknologi Menengah (STM) ini bekerja sendiri dengan bantuan tangan robotiknya untuk memenuhi keperluan hidup isteri dan manakala tiga orang anaknya bertugas mengumpul barang terpakai.

Bahagian mesin pada tangan robotik milik Tawan yang membantu di bengkel. Tawan membinanya sendiri tangan robotiknya dari barang terpakai seperti komputer, dinamo, dan beberapa bahagian lain dari motosikal.


Sila lihat gambar-gambar I Wayan Sumardana "Manusia Separa Robot" di bawah.

Tawan memperlihatkan chip dan papan litar di kepalanya bagi dia menggerakkan tangan robotiknya. Tangan robotiknya digerakkan melalui isyarat dari kepalanya yang dihubungkan dengan kabel dan litar elektronik.


Selain mengelas, kemahiran Tawan bermula dari memperbaiki perabot rumah tangga, barang elektronik hingga motosikal, dia sering dijuluki 'Manusia Separuh Robot' oleh warga sekitar



Bahagian siku dari tangan kiri Tawan digerakkan oleh gear yang saling berhubung untuk membantunya bergerak setiap saat. Berbekal kemahirannya dibidang elektronik, Tawan menyelesaikan tangan robotnya dalam tempoh dua bulan, namun ia mengaku masih ingin menyempurnakan ciptaannya agar lebih mudah menggerakkan jari tangan kirinya.


P/S - MV sangat kagum dengan kegigihan dan kemahiran yang ada pada beliau, diharap ada syarikat-syarikat besar di luar sana dapat membantu beliau untuk mendapatkan tangannya balik dan memberi peluang kepada dia untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menakjubkan akan datang melalui kemahirannya. Ia tidak mustahil jika beliau boleh menjadi sehebat Bill Gates, Steve Job etc 6-7 tahun kemudian jika diberi peluang.

Terjemahan : makinviral

Sumber : drc7

Video : MIRA FILZAH - Lip Sync Challenge (HOTTV)



SIARAN TV DIGITAL PERCUMA TAHUN DEPAN

SIARAN TV DIGITAL PERCUMA TAHUN DEPAN

Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya, bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan itu, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau 'Set Top Box' atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

KETUA BAHAGIAN PERKHIDMATAN DIGITAL DAN BAHAGIAN PELANTAR DATA, SKMM, ADRIAN ABDUL GHANI MERASMIKAN SEMINAR "DTTB RECEIVER CONSUMER LABEL" DI MENARA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA BARU-BARU INI. – BERNAMA

Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai 'Label Pengguna Alat Penerima DTTB" atau ringkasnya 'DTTB Malaysia' yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.

"Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik," katanya selepas seminar Label Pengguna Alat Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini.

MYTV selaku pelaksana dan pengendali infrastruktur DTTB di Malaysia juga memegang hak ekslusif penjualan serta pengedaran dekoder DTTB di negara ini dan semua dekoder dilengkapi label 'DTTV Malaysia'.

Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal selia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menjelas lanjut mengenai DTTB, Mohamed Redzwan berkata, fasa pertama siaran yang dijadual awal 2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus menjelang akhir 2016.

"Liputan kita adalah berdasarkan kepada populasi penduduk di sesuatu kawasan kerana pihak MYTV mahu memastikan setiap rakyat yang layak dapat menikmati perkhidmatan DTTB ini," katanya.

Beliau berkata, menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah serta menonton video atas permintaan.

Sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan diberi secara percuma kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).

Beliau berkata, pengguna hanya perlu menyambungkan alat dekoder kepada antena dalaman yang termasuk dalam pakej dekoder itu, ataupun kepada antena terestrial luaran yang sedia ada untuk menikmati siaran DTTB kelak.


Mengenai kos pelaksanaan, Mohamed Redzwan memberitahu projek DTTB itu adalah inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.

MYTV adalah syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTTB di Malaysia sebagai usaha melaksanakan penghijrahan sistem penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017.
REVIEW : CPU KOMPAK SETINGGI BOTOL AIR MINERAL

REVIEW : CPU KOMPAK SETINGGI BOTOL AIR MINERAL



Satu lagi PC diperkenalkan, tetapi kali ini ia CPU kompak yang sangat comel, Acer Revo Build yang juga boleh beroperasi sebagai pemain media. Rekaan dengan lima lapisan terbabit menempatkan powerbank, pemacu cakera keras luaran, audio, kerangka PC utama dan blok kad grafik.

Konsep blok ini ringkas dan hanya mempunyai dimensi 135 x 135 x 56mm jauh berbeza dari CPU tradisional. Pada bahagian luarnya, ia mempunyai beberapa port seperti tiga USB 3.0, HDMI, DisplayPort, pembaca kad SD dan jek audio.

Ia beroperasi pada Windows 10 dan mempunyai grafik Intel HD serta menyokong monitor yang mempunyai skrin HD penuh 1920 x 1080. Kuasanya dibant Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050 dan ia mempunyai storan 32GB eMMC. Pengecas di bahagian atasnya pula berupaya menyokong cas tanpa wayar.

INFO : ACER REVO BUILD

- Harga: Anggaran RM900
- OS: Windows 10
- Skrin sokongan: HD penuh 1920 x 1080
- Pemprosesan: Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050
- Memori: Sehingga 8GB
- Grafik: Intel HD Graphics
- Setoran: 32GB eMMC
- Dimensi: 135 x 135 x 56mm
SELAMATKAH IPHONE JIKA TERJATUH KE DALAM AIR? ZACH STRALEY ADA JAWAPANNYA

SELAMATKAH IPHONE JIKA TERJATUH KE DALAM AIR? ZACH STRALEY ADA JAWAPANNYA


Bagi yang sudah mengenali nya, Zach Straley ini sebenarnya berniat baik. Dia yang merupakan Youtuber yang telah memenangi hati berjuta-juta viewer di Youtube apabila beliau menunjukkan bagaimana 6 buah iPhone sebenarnya bukanlah kalis air. Dengan berpendapat 10 model iPhone itu akan memenangi hati viewer lebih 10 kali ganda lebih banyak ...

LOL malangnya tidak. HAHA

Hasilnya : Semua telefon mati glitchy, kematian berair.

Pengajaran : Jangan gam telefon pintar yang sangat mahal anda pada papan dan menjatuhkannya dalam baldi air dan pasti tidak gam kesemua 10 iPhone pada papan dan menjatuhkannya dalam baldi air. HAHAHA


Sumber : http://lynk.my/pKJ (Gizmodo)