HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi
HEBOH !! Manusia separa robot dari Bali !! Ianya bukan sekadar rekaan tangan robot hiasan, Ia benar-benar berfungsi
I Wayan Sumardana atau nama panggilan Tawan mengelas tangan robotik di belah kirinya yang menggantikan tangan kirinya kerana lumpuh di bengkelnya, Desa Nyuhtebel, Karangasem, Bali pada 17 Januari 2016. Dia yang berkelulusan Sekolah Teknologi Menengah (STM) ini bekerja sendiri dengan bantuan tangan robotiknya untuk memenuhi keperluan hidup isteri dan manakala tiga orang anaknya bertugas mengumpul barang terpakai.
Bahagian mesin pada tangan robotik milik Tawan yang membantu di bengkel. Tawan membinanya sendiri tangan robotiknya dari barang terpakai seperti komputer, dinamo, dan beberapa bahagian lain dari motosikal.
Sila lihat gambar-gambar I Wayan Sumardana "Manusia Separa Robot" di bawah.
Tawan memperlihatkan chip dan papan litar di kepalanya bagi dia menggerakkan tangan robotiknya. Tangan robotiknya digerakkan melalui isyarat dari kepalanya yang dihubungkan dengan kabel dan litar elektronik.
Selain mengelas, kemahiran Tawan bermula dari memperbaiki perabot rumah tangga, barang elektronik hingga motosikal, dia sering dijuluki 'Manusia Separuh Robot' oleh warga sekitar
Bahagian siku dari tangan kiri Tawan digerakkan oleh gear yang saling berhubung untuk membantunya bergerak setiap saat. Berbekal kemahirannya dibidang elektronik, Tawan menyelesaikan tangan robotnya dalam tempoh dua bulan, namun ia mengaku masih ingin menyempurnakan ciptaannya agar lebih mudah menggerakkan jari tangan kirinya.
P/S - MV sangat kagum dengan kegigihan dan kemahiran yang ada pada beliau, diharap ada syarikat-syarikat besar di luar sana dapat membantu beliau untuk mendapatkan tangannya balik dan memberi peluang kepada dia untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menakjubkan akan datang melalui kemahirannya. Ia tidak mustahil jika beliau boleh menjadi sehebat Bill Gates, Steve Job etc 6-7 tahun kemudian jika diberi peluang.
Terjemahan : makinviral
Sumber : drc7