Memaparkan catatan dengan label Hartanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hartanah. Papar semua catatan
RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"

Jom Mohon Cepat di " Angsana Mall "

Pada tarikh : 12 - 14 Ogos 2016


Sila share info PENTING ini Kepada Kawan dan keluarga anda.

Kepada mereka yang mahu "Rumah Mampu Milik". Jangan mudah putus asa, kerajaan johor sekarang komited untuk bina lebih 40,000 unit "Rumah Mampu Milik" dan dijangka siap 2018.

Terdapat beberapa daerah dan tempat projek tergendala sudah mula dibangunkan semula. Beberapa tempat lain, pembangunan projek baru.

Sesiapa yang pernah memohon tetapi gagal, cuba semak kelayakan anda, dan teruskan usaha untuk kemaskini (Update) Permohonan anda.
# Syarat Kelayakan Pemohon Terbaru
1) Harga Rumah Rm42,000 = Had Maksimum pendapatan Rm3000
2) Harga Rumah Rm80,000 = Had Maksimum pendapatan Rm5000
3) Harga Rumah Rm150k sehingga Rm220k = Had Maksimum pendapatan Rm8000
# Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik
1- Warganegara Malaysia, Menetap Selama 5tahun di Negeri Johor dan berumur 18tahun keatas.
2- Berkahwin / Bujang Layak Memohon.
3- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 5tahun keatas layak memohon rumah kedua iaitu PKJB.
4- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKSR / PKJ A / PKJ B / boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ.
5- Hanya satu ( 1 ) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah didalam Negeri Johor.
6- Pemohon / Pasangan yang telah memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mewah TIDAK LAYAK untuk memohon.
7- Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah Setahun Tarikh pendaftaran. Hanya Maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon.
- Sila kemaskini Permohonan anda - 
- Sila Daftar dalam Link ini : PENDAFTARAN ONLINE

* Informasi/Pertanyaan :

Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor

Email : erumah@johor.gov.my
Website : www.erumah.johor.gov.my
Telefon : 07-2666260 / 07-2666261

* Waktu Bekerja

Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup
Rumah 600 kaki persegi semurah RM20,000, boleh siap tak sampai sebulan.

Rumah 600 kaki persegi semurah RM20,000, boleh siap tak sampai sebulan.


Betul ke sebuah rumah kediaman 3 bilik dibina dengan kos kurang RM20,000, dan siap dalam masa sebulan?

Mungkin ramai yang tak percaya. Namun, sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 15 rumah berjaya dibina untuk penduduk yang kurang berkemampuan.

Dengan bantuan pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan �luar biasa� ini dekat daerah Besut pada akhir Mac lepas.

Sejak berjaya membina rumah Program Rumah Komuniti, pelbagai pihak mula yakin dengan kemampuan pelajar dan pensyarah institusi pendidikan itu di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Mahu bantu golongan kurang berkemampuan.


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau mengilhamkan program berkenaan kerana mahu menyelesaikan masalah ketiadaan rumah di kalangan penduduk yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sewaktu mengemukakan cadangan membina rumah komuniti yang cepat, murah, dan berkualiti itu, ramai yang tak percaya ia boleh dilaksanakan.
�DENGAN KESANGGUPAN DAN SEMANGAT, PELAJAR DAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA MENCATATKAN SEJARAH DENGAN MEMBINA RUMAH KOMUNITI YANG PERTAMA UNTUK PENDUDUK MISKIN, DENGAN KOS LEBIH MURAH DALAM JANGKA MASA YANG SINGKAT PADA AKHIR MAC LEPAS.�

Ini ulasan beliau semasa menyerahkan Rumah Komuniti ke-15 di Kampung Pak De Malik, Jerteh di sini.

Idris, yang juga anggota parlimen Besut, berkata rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).
�KAEDAH IBS DAPAT MENJAMIN PEMBINAAN RUMAH YANG KUKUH DAN MEMENUHI ASPEK PEMBINAAN KEDIAMAN.� 
�SETAKAT INI, 4 DARIPADA RUMAH ITU DIBINA DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) JERTEH, 5 DI DUN KOTA PUTERA, 4 DI DUN KUALA BESUT, DAN 2 DI DUN HULU BESUT,� KATANYA.

Galakkan pelbagai penglibatan organisasi luar.


Idris berkata, Program Rumah Komuniti itu akan diperluaskan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Universiti Malaya melalui Jabatan Kejuruteraannya yang menawarkan kepakaran teknologi hijau dalam pembinaa.

Teknologi seperti ini masih belum pernah dilaksanakan di dunia.

Selain itu, beberapa syarikat pembinaan turut membantu dengan memperkenalkan produk pembinaan rumah berteknologi tinggi yang mampu menghindar kepanasan.

Dan ia juga mampu bertahan sehingga 40 tahun seperti pembinaan Rumah Komuniti di Kampung Beris Lampu Kuala Besut, yang kini diduduki ibu tunggal Normahani Mohamad, 43, dan enam anaknya.

Susulan kejayaan itu, Idris berkata beliau menyasarkan pembinaan 100 rumah lagi di Besut sepanjang tahun ini dengan peruntukan RM2 juta.
�PROGRAM RUMAH KOMUNITI BUKAN SAJA MEMBANTU PENDUDUK. MALAH, MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MENGAPLIKASIKAN ILMU YANG DIPELAJARI DALAM PROGRAM PEMBINAAN RUMAH UNTUK KOMUNITI.� 
�GRADUAN BANYAK BELAJAR DARI PROGRAM INI KERANA MEREKA BUKAN SAJA SERONOK BEKERJA SAMBIL BELAJAR, MALAH DAPAT MEMBUKTIKAN KEMAHIRAN MASING-MASING DARIPADA HASIL KOLABORASI PENGARAH, PENSYARAH, DAN PELAJAR DALAM PENGURUSAN MASA DAN AMALAN DISIPLIN KERJA,� KATANYA.

Pembinaan Rumah Komuniti itu melibatkan banyak pihak termasuk pelajar yang menyumbang tenaga dalam menyiapkan rumah termasuk pendawaian dan saluran paip, penduduk tempatan menyiapkan kerja tapak rumah sementara Pergerakan Pemuda Umno Besut menguruskan pemilihan peduduk yang kurang kemampuan.

Idris berkata program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.

Program Rumah Komuniti juga mula dilaksanakan di Sabah melalui usaha Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, yang akan membina 12 buah rumah dan sebuah daripadanya telah siap dibina di Tawau. � BERNAMA

(Sumber berita asal: The Malay Online)