RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"
Penulis Partime
Ahad, 31 Julai 2016

Jom Mohon Cepat di " Angsana Mall "

Pada tarikh : 12 - 14 Ogos 2016


Sila share info PENTING ini Kepada Kawan dan keluarga anda.

Kepada mereka yang mahu "Rumah Mampu Milik". Jangan mudah putus asa, kerajaan johor sekarang komited untuk bina lebih 40,000 unit "Rumah Mampu Milik" dan dijangka siap 2018.

Terdapat beberapa daerah dan tempat projek tergendala sudah mula dibangunkan semula. Beberapa tempat lain, pembangunan projek baru.

Sesiapa yang pernah memohon tetapi gagal, cuba semak kelayakan anda, dan teruskan usaha untuk kemaskini (Update) Permohonan anda.
# Syarat Kelayakan Pemohon Terbaru
1) Harga Rumah Rm42,000 = Had Maksimum pendapatan Rm3000
2) Harga Rumah Rm80,000 = Had Maksimum pendapatan Rm5000
3) Harga Rumah Rm150k sehingga Rm220k = Had Maksimum pendapatan Rm8000
# Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik
1- Warganegara Malaysia, Menetap Selama 5tahun di Negeri Johor dan berumur 18tahun keatas.
2- Berkahwin / Bujang Layak Memohon.
3- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 5tahun keatas layak memohon rumah kedua iaitu PKJB.
4- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKSR / PKJ A / PKJ B / boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ.
5- Hanya satu ( 1 ) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah didalam Negeri Johor.
6- Pemohon / Pasangan yang telah memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mewah TIDAK LAYAK untuk memohon.
7- Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah Setahun Tarikh pendaftaran. Hanya Maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon.
- Sila kemaskini Permohonan anda - 
- Sila Daftar dalam Link ini : PENDAFTARAN ONLINE

* Informasi/Pertanyaan :

Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor

Email : erumah@johor.gov.my
Website : www.erumah.johor.gov.my
Telefon : 07-2666260 / 07-2666261

* Waktu Bekerja

Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup
RUMAH MAMPU MILIK JOHOR... Jom Mohon Cepat di "Angsana Mall"
4/ 5
Oleh