Memaparkan catatan dengan label SUARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUARA. Papar semua catatan
"YA ALLAH .. AMPUNI DOSA HAMBA. HAMBA MALU BERHADAPAN DENGAN HAMBA-MU YANG SATU INI"

"YA ALLAH .. AMPUNI DOSA HAMBA. HAMBA MALU BERHADAPAN DENGAN HAMBA-MU YANG SATU INI"

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:


Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memperhatikan jualan kami, dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli.

Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"

Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.
"Kalau yang itu harganya RM300", jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?""RM250 bolehlah kak"... "harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah.."“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, kerana itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan.
Ketika sampai di rumah wanita tersebut. Astaghfirullaah...
Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.
Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah.

Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.
Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yg kurus.
“Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa".
Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."
Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.
“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya....
Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.
“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,
“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung"
Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

P/S - Semoga Allah menginsafkan kita... Sekadar renungan bersama..

VIDEO : Kisah Seorang Penjual Kambing Kurban yang tak Kuasa Membendung Air Mata


AKU DAH LAMA TAK SOLAT

AKU DAH LAMA TAK SOLAT


Kita tau kita lama dah tak solat...
Bukan tak tau... Bukan takde masa...

Tapi entahlah...
Kalau pegi umah orang, kita sanggup atur waktu sampai selepas Maghrib, sebab taknak jumpa azan Maghrib kat umah orang...
Nanti serba salah...
Tak solat, rasa malu...
Nak solat, rasa menipu... Sebab kat umah sendiri tak solat...

Kita nampak kawan2 kat pejabat pegi surau, tapi kita buat tak hirau... Bukan tak boleh pegi... Tapi entahlah... Tiba-tiba kita tengok sejadah kat umah, terdetik dlm hati... Lama aku tak guna kau...
Nak solat, rasa malu sgt dgn ALLAH...

Hati nak, tapi entahlah...
Malu ada, serba salah ada...
Semua serba tak kena...

Sebenarnya, kalau kita tetiba ada rasa malu kat Tuhan, ada rasa serba salah kat Tuhan, tu tandanya ALLAH rindu... ALLAH tengah tunggu... ALLAH seru kita suruh jumpa DIA... ALLAH rindu nak tengok muka kita sujud kepadaNya...

Waktu ni iman kita kena jentik... dan waktu tu jugak Syaitan menggelitik... Dia akan cuba sedaya upaya utk kita hilangkan rasa malu dan serba salah tu... Tu yg bila kita tak jadi solat, tandanya Syaitan menang dah...

Tapi ALLAH tak berubah... DIA masih rindu... DIA masih tunggu... DIA tunggu bila kita nak solat... Bila kita nak taubat... Dlm masa yg sama, ALLAH masih bagi rezeki kat kita... ALLAH masih kesian kat kita walaupun kita tak sudi nak jumpa DIA...

Sayangkan ALLAH kat kita?

Sumber : Abam Bob

VIDEO : Allah SAYANG kita !!!


"MAAFKAN KAKAK DIK !! KAKAK TAK DAPAT MEMBANTU KAMU.. SABAR SAYANG..."

"MAAFKAN KAKAK DIK !! KAKAK TAK DAPAT MEMBANTU KAMU.. SABAR SAYANG..."

Maafkan kakak dik ! ! , Kakak tak dapat membantu kamu.. sabar sayang.... tragedi yang mengemparkan seisi pusat membeli belah. Ramai di antara mereka menangis dan ada yang tumbang ! ! !


CHINA - Tangan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah lebih dari 40 minit dalam kejadian terbaru yang melibatkan eskalator di negara itu.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, semasa berjalan bersama neneknya, mangsa dikatakan tersadung dan jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

Tangan dan lengan mangsa tersangkut di tepi eskalator itu lebih dari 40 minit sebelum bantuan tiba.

Kakitangan pusat beli-belah yang mendengar tangisan mangsa dan neneknya itu segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu.

Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber : THEHYPEMEDIA

VIDEO YANG BERKAITAN : Chinese Woman DIES Saving Child On Escalator



"DOKTOR TOLONG KAFANKAN JENAZAH SAYA DI HOSPITAL, SEBAB SAYA TIADA ADA KELUARGA CUMA ADA..."

"DOKTOR TOLONG KAFANKAN JENAZAH SAYA DI HOSPITAL, SEBAB SAYA TIADA ADA KELUARGA CUMA ADA..."

SAYUU….!!! DOKTOR Jumpa Surat Wasiat Terakhir Seorang Ibu Di Dalam Beg Tangannya. Sedihnya Ya Allah… Doktor Tolong Kafankan Saya Di Hospital Kerana Saya Tiada Keluarga Hanya Ada…


Kangar: Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.


Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah

“Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga.

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan.

BACA LAGI : Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian.

VIDEO MENARIK HARI INI : USTADZ YUSUF MANSYUR~~WASIAT TERAKHIR ROSULULLAH



"BIARKAN SUAMI BERNIKAH LAGI, BUAT APA NAK DISIMPAN LELAKI TAK GUNA?"

"BIARKAN SUAMI BERNIKAH LAGI, BUAT APA NAK DISIMPAN LELAKI TAK GUNA?"


Bagi sy senang..
Pergilah nak nikah pun.
Xmau rebut klu dh xelok..kan kan. Buat apa simpan. Stress. Lelaki ni makin tua nmpk je handsome sbb mrk tak beranak. Isteri jaga mkn pakai masalah dia pun kita selesaikan.
Ada nmpk lelaki /suami lps pejabat pakai lawa2. .wangi..romantic lps kawin...?
Klu isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang mkn...xterurus lah anak org tu. 
Itu belum lg lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin...
Relaks...salam tgn bakal madu tu...ucap terima kasih. Nak sgt 'jaga' suami kita. Perempuan ni klu ada suami org suka kat dia, mrk tiba2 akan rasa spt wirawati! Lelaki dh masuk umur 40an..xde masa dah nak layan tgk wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik?....mimpi lah.
Lelaki sll kata mrk lebih cerdik dr wanita. Siap dgn bukti dr Al Quran. Tp kita tgk byk juga bukti di akhir hidup wanita yg lebih bahagia.

Apa yg di tulis dlm Al Quran tu sbgi panduan. Berkahwin lebih dr satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan.

Cuba baca byk kisah2 dlm syurga. SubhanAllah cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Klu pembantu bidadari dah cantik apa lg isteri kita yg jadi PENGHULU BIDADARI. sabar saudara..dunia ni sekejap je. Tak pyh tggu kiamat utk ke syurga. Buat baik dan sabar je. Dunia kita tenang, mati kita selesa..kiamat kita berjaya.

Takut harta jatuh ke tgn wanita lain?...In shaa Allah xkemana. Yg baik tentu jd hak isteri jua. Hukum faraid ada...Allah tau semua. Anak2 dan diri sendiri lebih berharga. Bygkan suami / bekas suami terpaksa beli kasih syg anak2 dgn wang. Penat....penat. 

Sllnya org yg byk kawin ni ...xde harta..hutang adalah. Kerja spi tua.

Klu suami nak kawin lg, bagi suami tu jadual. Seminggu je dlm sbln mai dtg rmh. Dlm 3 mggu tu kita relaks..pergi spa, pergi masjid, riadah dgn anak2. Buat perkara yg lama kita teringin buat. Biar bini baru tu uruskan semua hal mkn minum pakaian sakit pening dia. Itu yg dia nak..kannn. ingat bhw syurga sgt mudah bagi kita wanita.

..Solat pun kelam kabut..5 waktu pun mcm nak perang klu buat...quran sethn sekali buka...itupun baca dlm hati...puasa harap bln Ramadhan je ..itupun byk tidur dr bantu isteri...Ini ada lagi nak tanggung beban. Konon.

Kdg2 wanita tak nmpk nikmat sebenar bila suami kawin lain. Allah nak bagi CUTI! Cukup bulan kita terima nafkah je. Allah akan cukupkan sbb kita dah bagi laluan mudah pd org lain.

Suami mana tak syg isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri tetap isteri. Tanpa isteri mana mrk dpt title 'ayah'. Lebih2 lg anak dh besar.

Hidup mesti ada penghujung. Susah lah nak tgk org nikah lebih dr satu ni bahagia. ..pening serba tak kena adalah. Siang malam pegang calcalator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke bini baru tgk husband pegang hp WA anak2 dan isteri pertama? Stress.....

Jgn fikir nafsu..fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap nya 10 minit je...faham kannnn.

Sy suka Tun Mahathir dlm buku nya. ..Org yg kawin lebih dr satu ni mengambil hak org lain yg sepatutnya kawin. Org bijak ckp tu. Bijak dlm segala segi. Bukan Tun jahil agama. Sbb dia arif maka dia tak mau susah..tak mau luka kan hati isteri dan anak.

Yg ckp pun ustaz..lelaki tetap lelaki. .bak kata guru agama sy di Bahrain ni. Dlm agama ni byk lg hal yg jauh lebih penting. Sy belajar fiqh bab zakah and inheritance dh 2 bln tak habis2...sy belajar tajweed dah 2 thn masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik. Belajar bahasa arab? Penuh dinding dgn nota. ..see a lot of things more important. 

(Alhamdulilillah suami sll beri semangat belajar. Siap buat jadual utk sy dan sanggup keluar waktu pejabat dgn izin bos sbb nak hntr sy dan jemput sy. Bukan sy xleh drive di negara arab ni tp dia kata nak tumpang pahala...)

Byk perkara yg lebih berfaedah nak buat di hujung usia. Org dok sibuk kumpul harta akhirat. ..awk dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dgn suppliments .

Klu isteri tak cantik..bawa ke spa..

Klu isteri tak wangi mandikan air bunya. Klu isteri tak pandai hntr kursus. Klu isteri dh tua cermin lah diri dr atas ke bawah..depan dan blkng. Perut isteri gelebeh sbb dah brp nyawa hidup dlm nya. Dh brp tahun suami guna? Perut suami pula buncit sbb isteri bagi mkn 4 kali sehari...

Bagi isteri tua..jgn jelous lah klu wanita cantik peluk suami kita yg dh tua...kita tau kan...kann...shhhh.

Tgk wanita muda mmg cantik dgn warna warni dan senyuman. Wajah wanita berusia nmpk sejuk dgn rona2 kehidupan dan pengalaman.

Klu betul wanita tu cantik dan bijak xlah sangkut pd yg tua.

Lelaki / suami jgnlah dek krn nafsu kamu maka kamu campak kan wanita / isteri dlm kepayahan dan kesusahan. Tau tak brp byk wanita yg jumpa kaunseling, doktor, bomoh utk rebut lelaki tak guna (bak kata spt lagu Yuna). Bila wanita / isteri silap maka dosa nya kamu juga tanggung.

Nauzubilllahiminzalik

Alhamdulilillah suami sy sgt brtgghwb. Out of 10 dpt 6 dlm list kehidupan dah cukup baik. Tentu iblis sll duduk atas bumbung rumah tp sy kalah kan dgn Istigfar. Klu dia silap sy anggap dia sdg di uji dan di ganggu syaitan. Klu hati marah sy pandang kelengkapan dlm rmh...baju sy, makan minum sy, duit belanja sy. Mana boleh lengkap! Sultan pun tak pernah cukup!
Tp sy syg Rasullullah lebih dr suami. 

Krn suami, anak, harta, pangkat semua SEMENTARA. Mrk tak boleh bantu sy dlm kubur dan hari akhirat.

Nak capai nikmat byk2 sabar. Tp klu lah dh spi giliran sy..sy akan anggap Allah nak gantikan yg jauh lebih baik iaitu MASA.

Sumber : thehypemedia