Memaparkan catatan dengan label Kuat Gilo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuat Gilo. Papar semua catatan
Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!

Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!

Kota Bharu: �Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin,� kata Zulkifli Yunus, 58, bapa Nur Syahida, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita.


Viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar berkenaan ialah gambar lama, ketika Nur Syahida dirawat kerana kecederaan selepas dia terjatuh di bilik air sebelum ini.

Zulkifli menegaskan, gambar yang disiarkan media utama, termasuk oleh Harian Metro adalah gambar terkini, bukannya gambar lama dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hopsital.

Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.



�Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera.

�Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

�Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak,� katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad hari ini, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.

�Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

�Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,� katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.

�Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama.

�Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar,� katanya.

Sumber : Mymetro




Padah Berlaku Curang ! ISTERI Menanggung DERITA Selepas DI RATAH Warga Pakistan Di Tangga Shopping Mall !

Padah Berlaku Curang ! ISTERI Menanggung DERITA Selepas DI RATAH Warga Pakistan Di Tangga Shopping Mall !


Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian pada Julai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.

Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.

Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.

Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

�Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.

�Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,� katanya.

Sumber :NgetehMamak
Video: Dipaksa Beli Barang Kemas, Wanita Bogelkan Kekasih Di Khalayak Umum

Video: Dipaksa Beli Barang Kemas, Wanita Bogelkan Kekasih Di Khalayak Umum


WANITA lazimnya �terliur� dengan barangan mewah dan sebahagian besar kaum Hawa menyimpan keinginan untuk memiliki barangan yang diingini walaupun terpaksa melakukan aksi unik.

Begitulah yang dilakukan wanita di China ini sanggup buat perkara yang tidak diduga dengan menanggalkan seluar kekasihnya semata-mata mahu teman lelakinya membelikan barangan dihajatinya tersebut.


Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh wanita tersebut mencetuskan kritikan daripada netizen di negara berkenaan apabila ramai menyifatkan tindakan itu sebagai agak keterlaluan dan memalukan maruah lelaki.

Video yang dimuat naik menerusi laman YouTube itu menunjukkan wanita tersebut sanggup merengek untuk memaksa kekasihnya membelikan perhiasan berjenama terkenal dengan harga sangat mahal.

Dalam video pendek yang berdurasi selama 42 saat itu memaparkan kekasihnya dilihat kurang bersetuju sebelum wanita tersebut nekad memegang dan menarik seluar kekasihnya sehingga jatuh sedikit.

Tanpa perasaan malu, dia terus memohon agar dibelikan barang perhiasan itu. Kekasihnya yang menanggung aib akibat tindakan wanita itu lantas terpaksa membelikan barang kemas itu.


Sumber Video : https://youtu.be/M904Yu6tlRg

Sumber : NewsHub


Video: Seram..! Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah

Video: Seram..! Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah


AMALAN memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.

Bagaimana pun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.

Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Sumber Video : https://youtu.be/YhRsYBeJsRk

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.

Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat�

Sumber : MYNEWSHUB