Memaparkan catatan dengan label Hok Aloh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hok Aloh. Papar semua catatan
TERKINI !! Kerana Desakan Orang Ramai, AKHIRNYA CIKGU itu Sebarkan Foto Pelajar Terbabit... Terkejut Besar Pelajar Tersebut

TERKINI !! Kerana Desakan Orang Ramai, AKHIRNYA CIKGU itu Sebarkan Foto Pelajar Terbabit... Terkejut Besar Pelajar Tersebut


adsense


KOTA BHARU � Netizen mendakwa gambar pelajar perempuan, Nur Syahida, 15, yang masuk wad selepas ditampar gurunya sebanyak 3 kali, merupakan gambar lama sehingga dikongsi oleh sebuah laman Facebook guru yang mendapat banyak perkongsian seolah-olah pelajar berkenaan dianggap mereka-reka cerita.

Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit, Zulkifli Yunus, 58, tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

�Itu memang gambar terbaru anak saya yang dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin.

�Jika anak saya tidak sembuh atau lumpuh, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,� katanya kepadaHarian Metro.


Menurut Zulkifli, memang benar anak sulungnya itu pernah terjatuh di bilik air pada November 2015, yang menyebabkan lehernya cedera. Nur Syahida dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

�Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Namun kejadian itu (ditampar) memberikan kesan kepada leher anak saya. Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk rotan dan tidak mencederakan pelajar,� katanya.

Nur Syahida telah dibenarkan keluar dari wad hari ini. Namun beliau kesal dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

�Banyak fitnah yang dilemparkan. Namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

�Hal yang sebenarnya ialah saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,� katanya.

Difahamkan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail telah bertemu dengan keluarga mangsa. Pihaknya telah bersepakat dengan Zulkifli Yunus untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan kedua-dua pihak.

Sumber: informasi-viral

KAEDAH YG HALAL PUASKAN PASANGAN KETIKA ISTERI HAID RAMAI YG TAK TAHU NI

KAEDAH YG HALAL PUASKAN PASANGAN KETIKA ISTERI HAID RAMAI YG TAK TAHU NI



ADA SERIBU CARA HALAL UNTUK MEMUASKAN SUAMI KETIKA SEDANG HAID. DENGAN CARA INI, BISA MENGHINDARI SUAMI MELAKUKAN MASTURBASI ATAU BAHKAN SELINGKUH.

Pertanyaan:

Bismillah ustadz, bagaimana cara memuaskan suami ketika istri haid? bolehkah istri (afwan) memainkan penisnya hingga maninya keluar? Apakah ini termasuk onani atau tidak?
syukron

Dari: Ana

Jawaban:

Bismillah was shalatu was salamu ala rasulillah, amma badu,

Ada seribu cara untukmemuaskan suami ketika istri sedang haid. Karena islam tidak menghukumi fisikwanita haidsebagai benda najis yang selayaknya dijauhi, sebagaimana praktek yang dilakukan orang yahudi. Anas bin Malik menceritakan,

:

Sesungguhnya orang yahudi, ketika istri mereka mengalami haid, mereka tidak mau makan bersama istrinya dan tidak mau tinggal bersama istrinya dalam satu rumah. Para sahabatpun bertanya kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. kemudian Allah menurunkan ayat, yang artinya:

Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah bahwa haid itu kotoran, karena itu hindari wanita di bagian tempat keluarnya darah haid (HR. Muslim 302).




Dengan demikian, suami masih bisa melakukan apapun ketika istri haid, selain yang Allah larang dalam Al-quran, yaitu melakukan hubungan intim.

3 Macam Interaksi Intim Suami dan Istri Ketika Haid

Ada 3 macam interaksi intim antara suami & istri ketika haid:

Pertama, interaksi dalam bentuk hubungan intim ketika haid. Perbuatan ini haram dengan sepakat ulama, berdasarkan firman Allah,

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Karena itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah Suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah: 222)

Orang yang melanggar larangan ini, wajib bertaubat kepada Allah, dan membayar kaffarah, berupa sedekah satu atau setengah dinar. Keterangan tentang ini bisa anda simak di:Hukum Berhubungan Badan setelah Haid Berhenti tetapi Belum Mandi Wajib

Kedua, interaksi dalam bentuk bermesraan dan bercumbu selain di daerah antara pusar sampai lutut istri ketika haid. Interaksi semacam ini hukumnya halal dengan sepakat ulama. Aisyah radhiyallahu anha menceritakan,



Apabila saya haid, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. (HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

Hal yang sama juga disampaikan oleh Maimunah radhiyallahu anha,



Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bercumbu dengan istrinya di daerah di atas sarung, ketika mereka sedang haid. (HR. Muslim 294)

Ketiga, interaksi dalam bentuk bermesraan dan bercumbu di semua tubuh istri selain hubungan intim dan anal seks. Interaksi semacam ini diperselisihkan ulama.

1. Imam Abu Hanifah, Malik, dan As-Syafii berpendapat bahwa perbuatan semacam ini hukumnya haram. Dalil mereka adalah praktek Nabi shallallahu alaihi wa sallam, sebagaimana keterangan Aisyah dan Maimunah.

2. Imam Ahmad, dan beberapa ulama hanafiyah, malikiyah dan syafiiyah berpendapat bahwa itu dibolehkan. Dan pendapat inilah yang dikuatkan An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim (3/205).

Diantara dalil yang mendukung pendapat kedua adalah

a. Firman Allah



Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Karena itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari Al-Mahidh..

Ibn Utsaimin mengatakan,

Makna Al-Mahidh mencakup masa haid atau tempat keluarnya haid. Dan tempat keluarnya haid adalah kamaluan. Selama masa haid, melakukan hubungan intim hukumnya haram. (As-Syarhul Mumthi, 1/477)

Ibn Qudamah mengatakan,



Ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat keluarnya darah, ini dalil bahwa selain itu, hukumnya boleh. (Al-Mughni, 1/243)

b. Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang istri mereka pada saat haid. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,



Lakukanlah segala sesuatu (dengan istri kalian) kecuali nikah. (HR. Muslim 302).

Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,



Makna kata nikah dalam hadis ini adalah hubungan intim. (Aunul mabud, 1/302)

Hubungan intim disebut dengan nikah, karena nikah merupakan sebab utama dihalalkannya hunungan intim.

c. Disebutkan dalam riwayat lain, bahwa terkadang Nabi shallallahu alaihi wa sallam juga melakukan praktek yang berbeda seperti di atas.

Diriwayatkan dari Ikrimah, dari beberapa istri Nabi shallallahu alaihi wa sallam,



Bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam ketika hendak melakukan hubungan intim dengan istrinya yang sedang haid, beliau menyuruhnya untuk memasang pembalut ke kemaluan istrinya. (HR. Abu Daud 272 dan Al-Hafidz Ibn Hajar mengatakan: Sanadnya kuat).

Onani Bukan Solusi

Memahami hal ini, selayaknya suami tidak perlurisau ketika istrinya haid. Dan jangan sekali-kali melakukanonanitanpa bantuan tubuh istri. Mengeluarkan mani dengan selain tubuh istri adalah perbuatan yang terlarang, sebagaimana firman Allah ketika menyebutkan kriteria orang mukmin yang beruntung,

( ) ( )

Orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. Al-Mukminun: 5 7)

Diantara sifat mukminin yang beruntung adalah orang yang selalu menjaga kemaluannya dan tidak menyalurkannya, selain kepada istri dan budak wanita. Artinya, selama suami menggunakan tubuh istri untuk mencapai klimaks syahwat, maka tidak dinilai tercela. Berbeda dengan orang yang mencari selain itu, baik berzina dengan wanita lain, atau menggunakan bantuan selain istri untuk mencapai klimaks (baca: onani), Allah sebut perbuatan orang ini sebagai tindakan melampaui batas.

Allahu alam.

Sumber: kainkembang
Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!

Setelah Hampir Seminggu VIRAL, Akhirnya Bapa Dan Pelajar Ditampar Guru Tampil Beri PENJELASAN !!!

Kota Bharu: �Itu memang gambar terbaru anak saya dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin,� kata Zulkifli Yunus, 58, bapa Nur Syahida, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah yang cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita.


Viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar berkenaan ialah gambar lama, ketika Nur Syahida dirawat kerana kecederaan selepas dia terjatuh di bilik air sebelum ini.

Zulkifli menegaskan, gambar yang disiarkan media utama, termasuk oleh Harian Metro adalah gambar terkini, bukannya gambar lama dan keluarganya tidak mengada-adakan cerita mengenai kecederaan dialami anaknya akibat kejadian itu sehingga terpaksa dirawat di hopsital.

Zulkifli juga menegaskan, jika anaknya tidak sembuh atau lumpuh, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, akibat ditampar, saraf di leher anaknya mengalami masalah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Khamis lalu.



�Anak sulung saya itu pernah terjatuh di bilik air November tahun lalu, menyebabkan lehernya cedera.

�Selepas itu, doktor menasihatkan anak saya supaya tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

�Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak,� katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian ditampar itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk merotan dan tidak mencederakan pelajar.

Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad hari ini, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.

�Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.

�Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,� katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.

�Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama.

�Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar,� katanya.

Sumber : Mymetro




SIAPA SANGKA ! Ini Respon BERANI MATI Datin Red (Madu Adira) Lepas Suami Mereka KANTOI !!!

SIAPA SANGKA ! Ini Respon BERANI MATI Datin Red (Madu Adira) Lepas Suami Mereka KANTOI !!!

Bermadu itu bukanlah perkara mudah. Orang mungkin boleh berkata macam-macam tapi hanya orang yang melaluinya tahu bagaimana pedihnya hidup bermadu.


Baru-baru ini kecoh mengenai penyebaran video mesra suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red dengan pelakon Ruhainies. Ramai yang buat spekulasi Datuk Red hanya inginkan publisiti dengan video tersebut dan terkena tempiasnya ialah isteri pertama, Syarifah Norshafila Binti Hassim.



Tak tahan dengan cakap-cakap orang, Datin Red muat naik luahan hatinya di Instagram.







 Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU - Bulletin Media

Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU - Bulletin Media


Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU

Pelakon Azrel Ismail yakin teman wanitanya iaitu aktres Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu biarpun video mereka keluar bersama menjadi viral.



Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada khamis lalu bersama pembantu peribadinya tapi tidak dimaklumkan atas tujuan apa.

"Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar hari ini (Jumaat). Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.

"Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja," ujarnya kepada mStar Online.



Azrel diminta mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluar bersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang.

Dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Ruhainies menafikan terdapat hubungan istimewa antara dia dan ahli perniagaan itu.

Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia diperangkap oleh lelaki tersebut yang cuba mencari publisiti murahan.

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap dia sebagai wanita paling rapat dan istimewa.


Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk peringkat seterusnya.

"Saya kenal Ruhainies sejak berlakon Si Montel tahun lalu dan kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong.

"Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan," ujarnya.

Dalam pada itu Azrel berkata, dia tidak dapat menemani wanita itu kemana-mana buat masa ini berikutan jadual penggambaran yang padat.

Dia juga sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria.

"Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama dan susah nak temani dia (Ruhainies) ke mana-mana. Bagus juga macam tu kerana kalau sering jumpa... bosan pula nanti.

"Tentang kes itu saya belum tanya dia lagi, lepas ini Insya-Allah saya akan hubungi dia," ujarnya.

Sumber asal: mStar



Padah Berlaku Curang ! ISTERI Menanggung DERITA Selepas DI RATAH Warga Pakistan Di Tangga Shopping Mall !

Padah Berlaku Curang ! ISTERI Menanggung DERITA Selepas DI RATAH Warga Pakistan Di Tangga Shopping Mall !


Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian pada Julai.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.

Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.

Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.

Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

�Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.

�Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,� katanya.

Sumber :NgetehMamak
Video: Dipaksa Beli Barang Kemas, Wanita Bogelkan Kekasih Di Khalayak Umum

Video: Dipaksa Beli Barang Kemas, Wanita Bogelkan Kekasih Di Khalayak Umum


WANITA lazimnya �terliur� dengan barangan mewah dan sebahagian besar kaum Hawa menyimpan keinginan untuk memiliki barangan yang diingini walaupun terpaksa melakukan aksi unik.

Begitulah yang dilakukan wanita di China ini sanggup buat perkara yang tidak diduga dengan menanggalkan seluar kekasihnya semata-mata mahu teman lelakinya membelikan barangan dihajatinya tersebut.


Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh wanita tersebut mencetuskan kritikan daripada netizen di negara berkenaan apabila ramai menyifatkan tindakan itu sebagai agak keterlaluan dan memalukan maruah lelaki.

Video yang dimuat naik menerusi laman YouTube itu menunjukkan wanita tersebut sanggup merengek untuk memaksa kekasihnya membelikan perhiasan berjenama terkenal dengan harga sangat mahal.

Dalam video pendek yang berdurasi selama 42 saat itu memaparkan kekasihnya dilihat kurang bersetuju sebelum wanita tersebut nekad memegang dan menarik seluar kekasihnya sehingga jatuh sedikit.

Tanpa perasaan malu, dia terus memohon agar dibelikan barang perhiasan itu. Kekasihnya yang menanggung aib akibat tindakan wanita itu lantas terpaksa membelikan barang kemas itu.


Sumber Video : https://youtu.be/M904Yu6tlRg

Sumber : NewsHub


Video: Seram..! Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah

Video: Seram..! Proses Keluarkan Susuk Dari Wajah


AMALAN memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.

Bagaimana pun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.

Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Sumber Video : https://youtu.be/YhRsYBeJsRk

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.

Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat�

Sumber : MYNEWSHUB
9 Perangai Tipikal Orang Kita Di Majlis Jamuan Makan Free, Mana 1 Korang?

9 Perangai Tipikal Orang Kita Di Majlis Jamuan Makan Free, Mana 1 Korang?


Sebut pasal majlis atau jamuan percuma, mesti ramai yang suka nak pergi. Lagi-lagi musim perayaan ni. Apa taknya, kalau dah dapat makan free, memang bestlah! Dapat pulak kambing panggang, nasi minyak, ayam masak merah, uishhhh memang panjang kalau nak listkan.

Kami share 9 perangai tipikal orang kita bila di jamuan percuma. Bukan nak mengata atau nak mengaibkan sesiapa, tapi boleh jadi muhasabah dan panduan untuk kita jugak. Jom baca!

Siapa tak suka makan free



Majlis jamuan.
Rumah terbuka.
Kenduri keraian.
Makan percuma. 
Orang Melayu memang pantang dengan 2 benda ni. Makan dan percuma. Semua makanan akan menjadi sedap jika ia percuma. Kaya atau miskin, tua atau muda, semua suka makanan percuma. 
Tak salah suka makan percuma. Yelah, siapa yang tak suka pada barang percuma, lebih-lebih lagi makanan. Tak kira ketika majlis jamuan menyambut hari lahir, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri keraian seperti perkahwinan dan kesyukuran dan sebagainya, jika ada peluang untuk mendapat makanan percuma, pasti kita tidak akan ketinggalan untuk lepaskan peluang tersebut.

2 jenis manusia yang biasa kita jumpa�

(sekadar gambar hiasan)

Ada 2 jenis manusia yang kita biasa jumpa di jamuan makan percuma ini. Satu jenis yang bersabar dan makan sekadar isi perut sahaja. Jenis kedua yang menjadi masalah ini adalah manusia yang penuh dengan sikap pentingkan diri. Ya, PENTINGKAN DIRI. Berikut adalah beberapa jenis manusia pentingkan diri yang biasa wujud di jamuan makan percuma ini:

1. Tamak-man.

Tamak-man ni memang tamak haloba. Dia ingat semua makanan yang ada tu memang dibuat khas untuk perut dia seorang. Sekali ambik langsung tak ingat orang belakang. Satu pinggan penuh nasi, ayam 4 ketul, daging kambing bakar 5 keping, ikan 3 ekor, sate 15 cucuk. Makanan yang tu pun dia tak sentuh lagi dia dah pergi ambil makanan lain. Atas meja sampai 2 3 pinggan. Pastu makan tak habis, tinggal membazir atas meja macam tu je. Nak hilangkan rasa bersalah, buat-buat offer kat orang sebelah. Sebab ada ramai manusia tamak-man macam dia, makanan cepat habis dan ramai orang belakang tak dapat makan.

2. Gelabah-man.

Gelabah-man ni dia memang gelabah nak mampus. Semua benda dia nak makan, dan sebab dia takut habis, dia akan cari kawan-kawan dia yang tengah beratur nak ambil makanan, lepas tu buat-buat macam tengah berborak last-last terus potong barisan. Orang lain beratur dekat 15 minit nak ambil makanan, dia sedap-sedap je potong queue.

Pemalas dan tukang tapau

(sekadar gambar hiasan)

3. Pemalas-man.

Pemalas-man ni lebih kurang macam gelabah-man juga, cuma bezanya dia pemalas. Punyalah malas nak beratur dan ambil makanan. Modus operandi dia cuma cari kawan dia yang tengah beratur lepas tu kirim, �Eh, kau ambil lebih sikit, aku cop tempat�. Lepas kawan-kawan dia semua dah datang kat meja, dia kutip semua makanan dari pinggan orang lain masuk dalam pinggan dia. Setiap kali kawan dia bangun nak ambil makanan, dia akan kirim lagi.

4. Tapau-man.

Tapau-man ni dia dah set dalam kepala hotak dia kena ambil lebih untuk ditapau bawak balik sama ada untuk makan kat rumah atau bagi anak bini makan sekali. So setiap kali dia ambil makanan dia akan ambil lebih, lepas tu tapau lebihan masuk bekas atau plastik. Bukan tak boleh tapau tapi tunggu la majlis habis, ini belum apa-apa dah nak tapau dulu. 
Pernah sekali di kiosk pisang, orang lain semua ambil sebiji dua pisang, dia terus ambil 3 sisir pisang. Bila kawan tanya nak buat apa ambil banyak-banyak, dia cakap balik rumah boleh buat goreng pisang. Kepala hotak dia. Dahnya ada orang belakang tak dapat sebab dah habis.

Sorok makanan atau lambat topup

(sekadar gambar hiasan)

5. Kroni-man.

Kroni-man ni macam celaka sikit. Dia ada kawan di kalangan AJK jamuan. Di kala orang lain beratur menunggu giliran untuk ambil makanan, dia tunggu kat dapur atau tempat masak je. Kalau seorang dua kroni tu boleh terima lagi, ini dekat 10 20 orang tunggu kat dapur. Orang lain kena beratur 20 minit kat kiosk satay, kena pula tunggu 10 minit nak tunggu trip satay baru datang sebab kat kiosk dah habis, dia sedap je ambil terus dari tempat orang bakar satay kat belakang sebab tukang bakar satay tu kawan dia, ambil banyak pulak tu.

6. Sorok-man.

Sorok-man biasanya adalah dari kalangan AJK jamuan itu sendiri. Makanan yang diperuntukkan biasa banyak, tapi mereka sengaja keluarkan sikit-sikit kat atas kiosk. Lepas stok makanan kat kiosk dah habis, dia sengaja top-up lambat-lambat supaya orang ingat dah habis. Lepas jamuan dah habis, banyak gila makanan lebihan lalu mereka pun tapau stok makanan yang diorang sorok untuk sendiri bawa balik atau diberi pada kroni.

Dah makan, pinggan letak merata-rata

7. Kotor-man

Kotor-man ini seperti mana namanya, adalah seorang yang pengotor. Lepas ambil makanan banyak-banyak, tinggal semua sisa pinggan cawan polisterin dia atas meja sedangkan beg sampah disediakan tak jauh dari 10 kaki dari tempat dia makan. Tisu, plastik, semua benda yang dia sudah gunakan dibuang sahaja merata-rata dengan mindset dalam kepala hotak �Kalau aku buang kat tong sampah nanti cleaner dah takde kerja�.

8. Lembab-man

Lembab-man ni aku tak tahu lah apa masalahnya tapi memang betul-betul lembab terutama masa tengah beratur nak ambil makanan kat kiosk. Belek ayam je dah 5 minit nak cari kepak la peha la, lepas tu belek ikan, belek daging, belek sayur, belek kuah, belek kuih, dengan nasi-nasi pun nak dibeleknya. Dah lah makan free, memilih pulak tu. Dah lah memilih, lembab pulak tu.

Suka lepak lama lepas makan

(sekadar gambar hiasan)

9. Lepak-man

Lepak-man pula jenis muka tebal tak reti bahasa suka lepak lama-lama kat meja selepas habis makan masih berborak-borak bersembang-sembang berbual-bual kosong macam membincangkan masalah dunia sedangkan ramai lagi tetamu lain tengah berdiri menunggu meja yang kosong untuk makan. Dah habis makan tu terus bangun blah la bagi orang lain pula duduk. Common sense la sikit.
Ambil lah makanan sekadar yang kita perlu makan, bukan ambil makanan ikut kepala nafsu. Ini baru cerita pasal jamuan makan percuma, belum lagi pasal benda lain.

Kesimpulannya, bukan tak bagus menghadiri majlis jamuan raya atau sebagainya, tapi sikap dan tingkah laku kita tu yang kena betulkan. Memang semuanya ada tukang cuci dan tukang kemas, tapi sebagai manusia biasa, adab kita kena jaga. Jangan main bedal tak tentu pasal, lepas tu buat tak tahu je. OK geng?

Sumber: Buasir Otak

Isu Tiada Mesin Basuh Kerana �Zuhud�, Ini Teguran Ringkas Buat Suhaimi Saad

Isu Tiada Mesin Basuh Kerana �Zuhud�, Ini Teguran Ringkas Buat Suhaimi Saad


Selepas namanya viral tempoh hari kerana vaksin, Suhaimi Saad sekali lagi dikecam netizen kerana kehidupannya yang �zuhud� hingga tidak menyediakan keperluan asas seperti mesin basuh dan peti ais di rumahnya.



Suhaimi yang merupakan suami kepada Ina Naim bagaimanapun meminta orang ramai untuk doakan mereka. Kami bagaimanapun tertarik dengan teguran lelaki ini, sesuatu yang boleh difikirkan oleh Suhaimi.

Apa salahnya beli mesin basuh



Kalau isteri yang ditugaskan untuk basuh baju dalam keluarga tu, apa salahnya beli mesin basuh untuk bantu isteri. Tetapi kalau memang nak jimat atau tak mampu beli mesin basuh, itu lain cerita lah. Namun, pastikan la suami tu bantu sekali basuh pakaian kat bilik air tu guna tangan. Lagipun, itu hak dia tak nak beli mesin basuh. Tak ada masalah.

Kalau tak nak beli sofa, tak apa. Orang jepun pun tak ada sofa sangat. Aku pun tak beli sofa, sebab tak mampu.

Kalau tak nak hantar anak ke sekolah tak apa. Tetapi perlu tahu yang pengetahuan kita tak banyak mana. Boleh la upah private tutor untuk mengajar mata pelajaran yang di luar pengetahuan dan bidang kita.

Kalau betul nak mengajar sendiri, pastikan jam kredit, silibus, dan pencapaian anak setara atau lebih daripada kanak-kanak yang pergi sekolah.

Jika tak silap saya, ada undang-undang yang diperuntukkan untuk memenjara ibu bapa yang tak hantar anak ke sekolah. Dari cari nahas, baik hantar sahaja anak ke sekolah atau dapatkan kebenaran untuk belajar dari rumah.
Janganlah susahkan isteri

Tiada peti ais? Tidak apa, tetapi pastikan ringan tulang untuk pastikan setiap barang di dapur sentiasa ada apabila hendak memasak. Lagipun, itu hak dia tak nak beli peti ais. Tak ada masalah.

Tujuan peti ais dan mesin basuh itu sebenarnya untuk membantu dan menjimatkan masa untuk kita buat kerja lain selain meluangkan masa untuk anak-anak dan keluarga

Sebagai contoh, saya dulu basuh baju pakai tangan untuk sebaldi pakaian, dalam 2-3 jam (siap jemur sekali). Beli barang mentah tu, bergantung kepada jarak kedai. Selalunya dalam 10 minit tau 30 minit. So bayangkan 2-3.30 jam tu, boleh digunakan untuk mandikan anak, kemas rumah, sapu lantai, memasak, dan apa-apa yang patut.

Jadi, kalau suami dia buat semua benda yang boleh diisi dalam 2-3.30 jam tersebut, tidak apalah tidak ada mesin basuh. Sebab sama-sama buat kerja. Dan benda yang boleh dibuat kalau ada mesin basuh sudah terisi.

Janganlah susahkan isteri jika mampu ringankan bebannya.

***

Tambahan, kalau kononnya tak beli semua itu untuk zuhud, zuhud abah dia kalau memanjang selfie.

Aku malas nak cakap pasal pandangan dia tentang vaksin, sebab ramai orang dah attack dia. Aku memang tak setuju pandangan dia tentang vaksin. Kelaut.

Antara komen pada artikel yang kami kongsikan sebelum ini. Pelbagai pendapat dan pandangan. Hanya dia je tahu apa yang dilakukan untuk keluarga, doakan yang terbaik okay.



Sumber : Suhaimi Saad, Muhammad Musoddiq

Dahlah Selalu Tumpang Kereta, Bila Minta Duit Minyak�Jangan Kesiankan Orang Macam Ini!

Dahlah Selalu Tumpang Kereta, Bila Minta Duit Minyak�Jangan Kesiankan Orang Macam Ini!


Zaman belajar adalah zaman yang paling kritikal buat sesetengah orang. Yelah, dengan kos hidup yang makin tinggi sekarang, pastu pulak semua benda nak kena guna kenderaan, memang kadang-kadang kita pun rasa tertekan. Ada pulak tu, dahlah menumpang kereta dengan kita, minyak pun tak bayar.

Kalau bayar pun ciput je. Tu belum kira yang jenis nak pinjam kereta memanjang. Pastu tak tuang minyak. Kami share dengan korang pasal adik ni. Kesian dia, dahlah member tumpang kereta ke kuliah pastu duit minyak semua bayar sikit je. Jom baca!


Dulu tak nak naik sebab minyak mahal


Rm20 cukup ulang alik ke kuliah?


Kalau aku nak singgah, diorang marah-marah aku



Sabar jelah, dik. Kadangkala, Tuhan uji bersebab. Kalau ikut kami, biarkan je diorang tu naik bas atau teksi. Dah bagi tumpang kereta tu kira seribu rahmat dah tu. Bukan semua orang faham kita, dan ada juga yang cuba nak ambil kesempatan. Apapun, kena bertindak dengan waras dan beri pengajaran setimpal.

Sumber: IIUM Confession BM

Akhirnya Terbongkar !!!! Hati-Hati Semua Pengguna ASTRO !!.Siapa Yang Pasang Astro.. MOHON SEBARKAN !!

Akhirnya Terbongkar !!!! Hati-Hati Semua Pengguna ASTRO !!.Siapa Yang Pasang Astro.. MOHON SEBARKAN !!


Kejadian sebenar

..."Akhirnya��Selamat Tinggal ASTRO�.WALAUPUN hati panas�sbb rasa tertipu ngan ASTRO ni� tapi�takpe�.think postive jer..saje nak cerita gak manatau jadi teladan untuk orang lain� Wanie & husband decide utk terminate servis ASTRO dah lama..cuma takde masa nak buat cancellation je�1 sbb nak terminate�.sakit hati takde cerita asyik cerita ntah pape diulang tayang�2 sebab kakak maira asik layan kartun dr celik mata sampai tido malam�wpun kartun tu dia dah hafal jln ceritanya..3 sebab kami nak pindah rumah taknak bawak Astro..dan sebab utama kerana� Memang kitorang tak tengok TV kalau hari bekerja�.sampai rumah dah kul 9.30-10 malam..penat rehat jap terus tido� So hari ni�Wanie gagahkan diri call Astro Service Center�.dr pagi call tak berangkat�.sabar..sabar�itu mmg lumrah customer service di Malaysia�lepas lunch call lagi�. Dpt cakap ngan staff perempuan ni�..laju cakap nya�bla..bla..bla�.ok contract cik wanie masih ada sehingga tahun 2017�.kalau nak terminat skrg ada penalty charges RM240. Wanie jawab�contract saya 2 tahun je..saya langgan Astro ni sejak 2011 takkan x abis2 lagi contract�.

saya 2 tahun je..saya langgan Astro ni sejak 2011 takkan x abis2 lagi contract�. ohhh cik Wanie ada buat PENUKARAN DEKODER..so Astro EXTEND CONTRACT lagi 2 tahun�.

Wanie cakap�.masa saya setuju utk tukar ke dekoder baru kenapa staff ASTRO tak maklumkan bahawa Contract akan disambung lagi 2 tahun????? (Kat situ dah nampak dia sembunyikan Terms & Conditions)

Mmg sumpah�.dah byk kali staff Astro call suruh tukar dekoder�nak bg free yg boleh rekod bagai wanie tak pernah accept�nak jd cerita..masa dlm pantang hari tu agent/staff Astro dtg umah suh sign tukar dekoder�.

IANYA PERCUMA PUAN�JGN RISAU TIADA BAYARAN DIKENAKAN..Dengan rasa tak bersalahnya dia�tidak menerangkan terma & syarat dengan terperinci.

Ok berbalik pada call td�ok cik Wanie�selepas dikira�penalty cik rm190++�ok saya bayar� campur bil utk next month prorate rm50++ (terminate kena bagi 30hari notis macam nak benti keje) so kena la bayar bill next month juga. So total kena bayar RM246++ OK SAYA BAYAR��Ok cik Wanie pembayaran mesti dibuat dlm masa 2 hari..selewat2 hari jumaat ni..

lepas buat pembayaran sila call kami semula utk makluman..baikkkkk saya bayar SEKARANG�.ada apa2 lagi???? Selain dari tu apa lagi PENALTY yg saya kena????? Ooo takde dah cik Wanie� itu sahaja�btol ni takde????? Betul cik�itu sahaja yg cik kena bayar�

Dengan segera Wanie buat payment guna M2U�.Pastu call Astro balik�.orang lain yg jawab plak�.. Dia nak terangkan dari A-Z balik�Wanie kata�dah.dah�.saya dah bayar..tak oayah terangkan pape�ok dia buat semakkan�.bla bla bla�.ok saya akan submit permohonan cik Wanie bertarikh hari ni..tamat astro 26-02-2016� selepas itu SILA PULANGKAN DEKODER�. SUPAYA CIK WANIE TIDAK KENA PENALTY RM280�..darah dah naik�..tadi tanya ada apa2 lagi tak??? Dia kata takde�..takde�.itu sahaja�apa la salahnya bgtau je semua caj kan senang�.

Dekoder tu nak kena deal ngan Technician dia pula�.alahai Astro apa2 je la�. So sebagai pengajaran buat semua��

JANGAN SESUKA SUKI TERIMA TAWARAN ISTIMEWA DR PIHAK ASTRO UTK TAMBAH PAKEJ KE� TUKAR DEKODER KE�SBB SETIAP KALI PENAMBAHAN ATAU PERTUKARAN DI BUAT�.CONTRACT ANDA AKAN DISAMBUNG LAGI 2 TAHUN (AGAKNYA LA)�NAK CAKAP KAT SINI�.ASTRO MMG PALING BYK BUAT HIDDEN CHARGE YG CUSTOMER TAK PERNAH TAU�..JADI MASALAH BILA KES NAK TERMINATE NNT� Lega dapat terminat�RM150 setiap bulan tu boleh la buat simpan ke beli emas ke�panjang cerita hari ni�
'Memang Aku Doakan Kau MATI Ketika Bersalin !' - Kisah Benar Luahan Seorang Isteri

'Memang Aku Doakan Kau MATI Ketika Bersalin !' - Kisah Benar Luahan Seorang Isteri


Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tetapi saya memang kecewa dengan perangai suami saya. Saya tengah mengandung 36 minggu. Memang sepanjang mengandung ini, saya suka marah-marah, tak suka tengok rumah bersepah. Saya mengemas, dia sepahkan. Saya mengandung rapat-rapat. Yang sulung baru berusia setahun 2 bulan.

Memang saya penat menguruskan rumah. Melayan anak yang baru mendapat kaki berjalan, memanjat. Suami sepatutnya balik kerja awal. Tetapi menjadi lewat bila dia buat part time Uber.

Saya sudah pernah cakap dengan dia, tolong bertimbang rasa sikit. Saya sudah sarat sangat-sangat, dengan anak lagi, rumah lagi. Saya juga bekerja, memang saya agak cerewet bila mengandung.

Baju-baju dan barang-barang baby, saya yang beli dengan keluarga. Harapkan dia? Tak tahu bila nak beli sebab kemaruk sangat nak buat Uber itu. Padahal masa sudah suntuk dan saya boleh bersalin bila-bila masa sahaja.

Bila saya cakap, "Kalau saya terberanak awal, sakit di rumah, terjatuh, siapa nak tolong kalau awak tak ada?"

"Jiran ada, boleh minta tolong jiran," dia jawab selamba.

"Anak isteri awak ini tanggungjawab jiran ke? Awak buat Uber, cari duit macam mana pun kalau tak jaga hati isteri, tak berkat juga duit awak," keluh diri ini.

Tetapi seperti biasa, dia buat tak tahu. Balik rumah bila dah lewat malam. Anak pun dah tidur. Ikutkan badan, memang tak larat sebab dah sarat sangat. Tetapi saya bercakap macam tiada apa-apa.

Dan hari ini saya MC sebab kena pergi jumpa pakar untuk periksa risiko bersalin rapat. Sebab sebelum ini, anak yang sulung lahir secara bedah. Takut risiko rahim saya pecah.

"Selepas ini, tolonglah. Jangan tahu nak minta anak, buat anak sahaja. Tetapi badan saya yang menanggung. Saya yang penat, saya yang letih jaga anak seorang diri," kata saya pada dia ketika menunggu di luar bilik doktor.

"Eh? Awak yang kena jaga hati saya sebab kalau awak derhaka, lagi susah awak nak beranak nanti," katanya tak berlapik sudah.

"Saya czer. Habis tu, hati saya bagaimana? Ada awak nak jaga? Saya susah payah seorang diri. Semua nampak saya yang salah," balas saya.

"Saya takut awak umur tak panjang bila bersalin anak yang kedua ini. Mana tahu ada masalah, awak tak hidup," katanya tanpa memikirkan hati saya.

Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

"Memang itu yang awak asyik sebut berulang kali semenjak saya mengandung anak kedua ini kan?" kata saya.

"Memang pun saya doa macam itu," katanya.

Saya bangun dan berpindah tempat duduk tersorok. Menitik air mata kerana sudah tidak mampu lagi menahan rasa terkilan dan sedih di hati ini. Saya menangis sepuas-puasnya. Hiba sangat bila perkataan itu keluar dari mulut suami sendiri.

Merah mata, tak sangka memang itu doa dia. Dia memang mengaku dan nampak sangat dia berharap tuhan mencabut nyawa saya semasa bersalin czer nanti.

"Sudahlah, saya tunggu di luar saja. Lama sangat, kalau buat Uber dalam masa ini dah beratus ringgit boleh dapat," kata dia lagi yang langsung tidak mahu memujuk saya.

Memang dia tidak berhati perut, membiarkan saya menangis seorang diri. Padahal saya termengah-mengah membawa perut zuriat dia. Sambil menangis, saya berdoa, memang saya derhaka dengan dia. Kadang-kadang solat tertinggal sebab saya seorang uruskan anak yang lasak sampai malam. Stress dengan kerja lagi, uruskan rumah lagi.

Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk bersalin secara normal nanti walaupun doktor kata ada risiko tinggi. Pada saya, tiada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah. Saya juga harap doa suami saya nak tengok saya mati semasa bersalin czer nanti tidak akan makbul sebab anak-anak masih perlukan saya. Doakan saya bersalin normal. Tinggal 4 minggu saja lagi, saya takut.


Sumber : KRT

SETELAH teruk dikecam dan dikritik, anak kepada pelakon Kaza Saisi iaitu Ira akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral.

SETELAH teruk dikecam dan dikritik, anak kepada pelakon Kaza Saisi iaitu Ira akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral.


SETELAH teruk dikecam dan dikritik, anak kepada pelakon Kaza Saisi iaitu Ira akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral.

Ira membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagramnya, pada Isnin.

�Baru-baru ini, saya rasa semua dah sedia maklum dengan video gelek saya yang menjadi viral itu.
�Dengan ini, saya minta maaf kepada semua orang yang tak suka, tak boleh terima, tak setuju dengan video tersebut,� katanya.

Dalam pada itu, Ira turut memberitahu, hubungannya dengan bapanya masih berjalan lancar dan tiada masalah seperti yang disangkakan ramai pihak.



Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, memberitahu, insiden yang berlaku ini akan menjadi pengajaran kepadanya dan dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik video atau gambar.

Nama Ira hangat diperkatakan di media sosial sejak minggu lalu selepas videonya menari gelek berlatar belakang lagu nyanyian Drake menjadi viral ekoran ramai menyifatkan aksi video tersebut melampau.
MashaAllah ! Luahan Wanita Ini Lagi 3 Hari Nak Kahwin, Bakal Suami KANTOI BESAR ! Malunya

MashaAllah ! Luahan Wanita Ini Lagi 3 Hari Nak Kahwin, Bakal Suami KANTOI BESAR ! Malunya


Seorang wanita yang bakal melansungkan perkahwinannya dalam 3 hari lagi meluahkan perasaan dan meminta pandangan pemilik laman Pesona Pengantin akan masalah tunangnya yang didapati curang.

"Assalamualaikum admin Pesona Pengantin. Saya nak minta pandangan admin dan rakan-rakan. Saya dan tunang akan berkahwin pada hari Sabtu ini. Tetapi dia telah menimbulkan masalah yang saya memang tidak boleh terima.

"Last night, birthday saya. Kami sudah berjanji akan menyambutnya bersama-sama. Tetapi last minute, dia batalkan sebab ada hal penting katanya. Saya mengiakan sajalah walaupun agak terkilan.

"Saya mendapat panggilan dari rakan yang memaklumkan ternampak tunang saya dengan perempuan lain. Pada mulanya saya tidak percaya. Tetapi bila kawan saya datang menjemput dan tunjuk sendiri, saya rasa sangat terkilan.

"Kami mengekori mereka dari One Utama sehingga ke Seksyen 25 Shah Alam. Yang paling saya terkejut, mereka berhenti dan masuk ke hotel. 

"Dalam 15 minit menunggu di luar, saya tak berani nak masuk namun dipaksa juga oleh rakan. Seperti yang diduga, apa yang saya takutkan selama ini memang terjadi. Gelap dunia saya. Kecewa, terkilan, semua bercampur-campur. 

"Saya memang tidak boleh menerima kenyataan. Dia meminta maaf. Saya tak dapat menerima kemaafannya. Tetapi bila dia suruh ingat kembali pada keluarga dan majlis perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya menjadi serba salah. Apa ayang harus saya lakukan? Betul-betul buntu," katanya. 

Rata-ratanya netizen menyarankan agar wanita itu memilih jalan yang perit namun ia adalah untuk kebaikan masa depan.

"Putuskan hubungan sekarang walaupun perit, malu dan sedih dari dah ada ikatan. Allah sudah berikan petunjuk bahawa dia tidak layak menjadi suami kamu," kata Salmi.

Bagaimanapun, ada yang menasihatkan agar meminta petunjuk dari Allah dan usah diikut pendapat di media sosial yang dipengaruhi emosi amarah.

"Sebaiknya awak sujudlah di depan Allah. Buat istikharah mohon petunjuk. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi, boleh jadi dari instict awak. Kalau belum kahwin dah berani bawa masuk hotel, apatah lagi bila awak dah kahwin, bila sudah berbadan dua dan berpantang, bila dia 'tak dapat' maka dia mula akan mencari 'lubang' lain. 

"Mintalah nasihat orang tua kerana mereka lebih mengerti. Jangan kerana awak taksub dengan cinta, awak membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Andai cinta pada awak dia telah robekkan, macam mana cintanya pada Allah? Kalau dia cintakan Allah sudah pasti dia takut untuk meluncur ke hotel bersama yang bukan mahramnya. Lebih baik awak kecewa/malu sekarang dari awak menderita dan menjadi bahan ungkitan dalam perkelahian kelak," kata Maihani.

Netizen luah rasa geram + kasihan



Sumber : FB PesonaPengantin




Segala Penipuan Azizi TERBONGKAR ! Abg Kandung Kuza DEDAH Cerita Sebenar Tak Tahan Tengok Adik Difitnah !

Segala Penipuan Azizi TERBONGKAR ! Abg Kandung Kuza DEDAH Cerita Sebenar Tak Tahan Tengok Adik Difitnah !

Isu viral di laman sosial kisah Azizi dan bekas tunangnya Kuza, AKHIRNYA abang kandung Kuza buka mulut dan dedah perkara sebenar yang pasti buat Azizi TERKEDU dan hilang kata-kata.



Ringkasan peristiwa Mohd Azizi & Kuza. Penjelasan telah diutarakan sendiri oleh abg kandung Kuza di IRDK. Kenyataan yang diberi kenapa famili kuza tolak pernikahan Mohd Azizi adalah kerana sikap Azizi yang acuh tak acuh. Suka mengungkit hal lepas, mintak semula barang yang diberi, block fb,chat,wassap dan sebagainya, ugut mahu cerai selepas kahwin 3 bulan.

Pertunangan yang berlangsung antara Zizi & Kuza adalah disebabkan ahli keluarga Kuza masih bersabar & terima Zizi seadanya, tapi selepas itu sikap Zizi masih tidak berubah.

Kuza & Zizi masih terus bergaduh. Seolah-olah Allah tak restui jodoh mereka. Yang banyak bersabar disini adalah Kuza kerana sanggup bertahan dengan Zizi yang selalu berubah sikap & adakalah suka berkata manis dengan perempuan lain. Harap viral kisah Kuza diperbetulkan balik & harap pembaca sekalian mampu bersihkan nama keluarga Kuza balik. Ini semua kisah patut kita tutup dan jadikan pengajaran.

Bercinta @ bertunang semua ada ujian. Lama @ sekejap tak menentukan cinta kita akan sampai ke jinjang pelamin. Harap Mohd Azizi berjumpa dengan insan yang sesuai dan harap Kuza bahagia dengan yang tercinta. Hidup masih panjang. Jangan lupa pada Allah. Ingat padaNya. KepadaNya kita berteduh & memohon pertolongan. Sama-sama kita kurangkan kritikan dan hinaan. Jom bantu mereka!