Jalan raya sesak tonton video lucah
Jakarta: Lalu lintas di Jalan Prapanca, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, menjadi kelam kabut apabila papan iklan elektronik gergasi di situ menayangkan klip video lucah, hari ini.
Kejadian 2 petang (waktu tempatan) itu yang kini menjadi viral di media sosial, berlaku ketika lalu lintas sibuk dan ramai pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing, sama ada untuk merakam atau menontonnya.
Menurut detik.com, seorang pegawai pihak berkuasa Kebayoran Baru, Bowo Sukindro, berkata pihaknya segera menghantar petugas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat.
"Petugas kami memutuskan elektrik ke papan iklan berkenaan," katanya.
Seorang pengguna berkata, ramai pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk merakamkan gambar dan ramai juga berhenti untuk menonton video selama 20 minit berkenaan.
Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa Jakarta Selatan, Lestari Ady Wiryono berkata, pihaknya segera memutuskan bekalan elektrik ke papan iklan elektronik berkenaan selepas menerima aduan orang ramai.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana papan iklan berkenaan bukan milik pihak berkuasa tempatan sebaliknya di dikendalikan sebuah syarikat