Peserta AF2016 Punca Pasangan Pelawak Dan Penyanyi Bergaduh?

Peserta AF2016 Punca Pasangan Pelawak Dan Penyanyi Bergaduh?

Peserta AF2016 Punca Pasangan Pelawak Dan Penyanyi Bergaduh?
Unknown
Selasa, 23 Ogos 2016
Akademi Fantasia 2016 baru sahaja bermula tetapi telah dihimpit kontroversi apabila ada pihak yang mendakwa salah seorang peserta program realiti berkenaan adalah punca rumah tangga pasangan pelawak dan penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia berantakan.


Menurut beberapa sumber, peserta berkenaan menjadi punca pergaduhan pasangan tersebut sebaik sahaja pelawak berkenaan melihat aksi isterinya dengan peserta AF2016 itu didalam sebuah aplikasi nyanyian popular, Smule.

Mendengar mengenai berita ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata pihak beliau akan berbincang dengan produksi AF2016 dan menyiasat isu hangat ini.


Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan tak juga mendapat sebarang makluman mengenainya. Apapun, kami akan selidik dan melihat perkara ini dengan serius.

Kita berharap, tidak ada sebarang hubungan terlarang berlaku dan perkara ini akan diberikan perhatian sebelum sebarang tindakan diambil.


Tentu anda boleh teka pasangan pelawak dan penyanyi mana yang terlibat bukan? Malah, baru-baru ini foto separuh bogel isteri pelawak berkenaan bersama seorang lelaki di aplikasi Smule telah tersebar di Internet. Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai isu ini.
Peserta AF2016 Punca Pasangan Pelawak Dan Penyanyi Bergaduh?
4/ 5
Oleh