Alasan malas memasak, Along Cham cerai isteri TALAK SATU
Along, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, memberitahu mahkamah isterinya keluar dari rumah sejak lima bulan lalu apabila dimarahi kerana sikapnya yang katanya malas memasak.
Tidak suka dimarahi Along, Zila yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat meninggalkan rumah kelamin tanpa kebenaran dan tidak lagi tinggal sebumbung, lapor mStar.
Along diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie melafazkan cerai terhadap Zila, atau nama sebenar Nur Azilah Seeron, 28, di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah.
Menurut Roshdan hak penjagaan anak tunggal, Ahmad Danial, 5, diberikan kepada Along.
Manakala Zila, mendirikan rumah tangga pada Januari 2010, diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.
Awal bulan ini, Along dilaporkan mahu memfailkan cerai nusyuz kerana mendakwa isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya.
Zila sebelum ini dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 13 Ogos lalu dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, dekat sini.
Ketika serbuan Zila dilaporkan ditemui sedang bersembunyi di belakang almari sebuah bilik.
Sumber :- http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/alasan-malas-memasak-along-cham-cerai-isteri-talak-satu