[VIDEO] Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit

[VIDEO] Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit

[VIDEO] Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit
Penulis Partime
Ahad, 24 Julai 2016

China - Kebolehan seorang pemandu bas di sini membuat pusingan U di satu jalan yang sempit dipuji oleh netizen di negara itu.


[VIDEO] Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit

Pemandu bas dari bandar Xingtai, wilayah Hebei itu membuat pusingan U mustahil itu di sebatang jalan yang lebarnya sedikit sahaja lebih dari lebar bas berkenaan.



Difahamkan, pemandu bas itu terpaksa membuat pusingan U selepas jalan yang ingin dilaluinya ditenggelami air akibat hujan lebat.

Video yang merakamkan aksi bas Nombor 6 itu membuat pusingan U menjadi viral di negara terbabit dan mendapat pujian netizen.

Seorang netizen menulis : "WOW, saya tabik pemandu bas ini".

"Sangat pandai! Saya harap dia boleh ajar saya bagaimana nak memandu seperti itu", tulis seorang netizen lagi.

**jaga-jaga, video patah tengkuk

Sumber : http://shanghaiist.com




[VIDEO] Netizen Puji Kebolehan Pemandu Bas Buat U-Turn Mustahil di Jalanraya Sempit
4/ 5
Oleh