Sunnah/ Perkara Sunat Boleh Dilakukan Pasangan Pengantin
Antara sunnah dan perkara sunat yang boleh dilakukan oleh pasangan pengantin apabila selesai Akad Nikah, iaitu:
1) Sujud Syukur
2) Solat Sunat Selepas Akad Nikah
3) Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.
4) Isteri bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.
Doa yg dibacakan semasa suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri..
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya." (Riwayat Abu Daud).