INI SEJARAH PERTUKARAN PAKSA MB KEDAH YANG TUN M PERNAH LAKUKAN DULU YANG RAMAI LUPA ATAU TAK TAHU
Rabu, 3 Februari 2016
INI SEJARAH PERTUKARAN PAKSA MB KEDAH YANG TUN M PERNAH LAKUKAN DULU YANG RAMAI LUPA ATAU TAK TAHU
TINDAKAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyalahkan kumpulan pemimpin UMNO Kedah yang menolaknya dalam krisis ini telah disambut tidak senang oleh kebanyakan ahli politik khususnya dari negeri tersebut.
Ia lebih bertambah buruk apabila Mukhriz melalui kenyataannya itu telah melibatkan pihak Istana Kedah yang dikatakan �murka� terhadap kumpulan itu.
Mengulas mengenai perkara ini, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff berkata, beliau pernah mengalaminya dahulu apabila Tun Dr Mahathir Mohamed selaku Presiden UMNO ketika itu mahukan dirinya meletakkan jawatan MB walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.
Kata beliau yang juga bekas ADUN Jitra itu, ketika waktu tersebut pihak Istana Kedah langsung tidak pernah campur tangan dan terus berkecuali hingga isu selesai dengan pengundurannya atas dasar mengikut arahan ketua.
�Di pihak mana sekali pun, jangan guna nama istana kerana setahu saya istana tidak pernah masuk campur. Sultan Kedah (Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah) malah tidak ikut campur hal politik, baginda berkecuali,� katanya.
Osman juga berkata, jentera pentadbiran Kedah kemungkinan bakal berhadapan dengan masalah besar jika Mukhriz terus kekal MB tanpa mendapat sokongan dan dokongan majoriti pemimpin parti di negerinya sendiri.
Mukhriz harus tampil meminta maaf kerana dikatakan telah mengheret pihak istana dalam kancah politik ini dan beliau juga seharusnya meletakkan jawatan bagi melihat UMNO Barisan Nasional terus kuat mentadbir negeri �Jelapang Padi� tersebut.
