HARGA KERETA PROTON NAIK, BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2016 DAN INI SENARAI KENAIKANNYA

HARGA KERETA PROTON NAIK, BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2016 DAN INI SENARAI KENAIKANNYA

HARGA KERETA PROTON NAIK, BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2016 DAN INI SENARAI KENAIKANNYA
Unknown
Selasa, 2 Februari 2016
HARGA KERETA PROTON NAIK, BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2016 DAN INI SENARAI KENAIKANNYA



KUALA LUMPUR: Harga semua kenderaan PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan dinaikkan, berkuat kuasa 15 Februari ini. PROTON dalam kenyataannya hari ini menyebut, kenaikan adalah sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model. Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Kenyataan itu menyebut, penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem. Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos 2015, syarikat itu berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu. Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan dalam laman sesawang PROTON apabila harga baharu berkuat kuasa. - BERNAMA




HARGA KERETA PROTON NAIK, BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2016 DAN INI SENARAI KENAIKANNYA
4/ 5
Oleh