TUNGGULAH BALASAN DARIPADA ALLAH WAHAI HAKIM DUNIA

TUNGGULAH BALASAN DARIPADA ALLAH WAHAI HAKIM DUNIA

TUNGGULAH BALASAN DARIPADA ALLAH WAHAI HAKIM DUNIA
Unknown
Rabu, 30 Disember 2015
“Nik, nanti Ahad ni abang hendak bahas dengan peguam balik sana boleh kan?” tanya Zulkifli kepada saya ketika lawatan lalu. Ahad (semalam) dijadualkan akan berlaku sebutan pertuduhan di Mahkamah Kemaman.

Saya tergelak ketika itu. Saya cakap “Ini baru hendak mula buka fail bang, cuma hendak sebut saja perbicaraan akan berlangsung kerana apa dan bila tarikh perbicaraan berikut, belum ada hendak bahas-bahas ni. Abang pergi kejap tidak sampai 30 minit abang balik dengan anak-anak dan datang semula bila perbicaraan. Selalunya sebulan paling cepat.”


Semalam saya rasa terkejut dan sangat bersalah. Kata-kata saya yang menceriakan Zulkifli ketika itu berubah menjadi racun.

Semalam pada “prosiding ringkas” yang saya khabarkan pada beliau berubah menjadi hari paling menakutkan. Zulkifli ditahan semula setelah pertuduhan dibuat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326.

Isteri beliau, Zaimah menghubungi saya ketika saya dalam perjalanan pulang ke Selangor. Bagai dalam mimpi menerima berita ini. Nombor 302 itu benar-benar menghantui saya. Nombor ini tidak membenarkan ikat jamin berlaku kerana jika sabit kesalahan bermakna tali gantung menanti.

Mahkamah dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 25 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?

Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat. Perancangan jangka masa pendek ialah mewujudkan tabung bantuan buat keluarga ini.

Tabung bantuan hasil derma orang ramai akan digunakan bagi memastikan keluarga ini dapat meneruskan kehidupan, juga membantu pembiayaan kos perjalanan keluarga ini untuk ke mahkamah. Juga sekiranya tiada mana-mana peguam yang sudi mengambil kes ini secara pro bono maka tabung ini akan digunakan untuk membayar kos guaman.

Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.

Maka saya mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.

Kedua, viralkan hashtag #ZulkifliHeroRakyat disetiap laman maya terutamanya twitter.


Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Buat masa ini semua akaun dibawah nama Zulkifli, maka pihak kami sedang usahakan alternatif yang lain. Harap sentiasa ikuti perkembangan di page facebook rasmi  Pemuda Sosialis PSM untuk mengetahui bila tabung tersebut sudah bersedia untuk menerima sumbangan. Jika kita tidak bertindak, siapa lagi? – 28 Disember, 2015.

*Nik Aziz Afiq Abdul ialah Ajk Pusat, Pemuda Sosialis (PSM).

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Sumber : themalaysiainsider

VIDEO : Demi Nyawa Keluarga, Lelaki Ini Zulkifli Di Hukum Gantung Sampai Mati Kerana Membunuh Perompak Vide



TUNGGULAH BALASAN DARIPADA ALLAH WAHAI HAKIM DUNIA
4/ 5
Oleh