"TIADA LAGI IPAD, SELAMAT TINGGAL YOUTUBE, HANDPHONE .." - SHAARI ANUAR
Tiada lagi Ipad, selamat tinggal youtube handphone ..
Diganti dengan Lego..
Emak dia baru balik kursus..
Terus mengharamkan routine harian bermain ipad..
Diharap pengharaman ini tidak berkuat kuasa setakat seminggu..
Maklumlah baru dapat hidayah dari trainer motivasi ...
Katanya, trainer ada buat siasatan remaja KL
Ada yang berumur 12 tahun, mempunyai group "call girl"..
Ada moderator dewasa yang ajar benda bukan bukan..
Sebenarnya, saya tak pernah beli ipad untuk budak budak ni..
Bagi saya simple je..
Kalau kita malas melayan karenah anak,
Dan jika anak anak menangis, dan kita hulur kan ipad...
Bermakna kita tidak layak menjadi ibu bapa yang baik.
Mereka perlukan perhatian..
Mengikut pakar psikologi, dari pembacaan saya kesan ipad kepada kanak kanak..
- Otak anak menjadi pasif kerana mata mereka tidak bergerak dan focus pada satu tempat ..
- Mengganggu perkembangan saraf otak bayi dan merencatkan keupayaan anak untuk berkembang kerana kurangnya pergerakan..
- Menggangu pembesaran anak untuk menjadi seorang kanak kanak yang active.
- Mengganggu proses perkembangan bahasa kanak kanak kerana kurangnya berinterakasi dengan ibu bapa
- iPad mengehadkan penggunaan deria bayi especially deria bau dan sentuhan.
Maklumlah, budak budak ni pandai memujuk..
Kurangkan penggunaan Ipad
P/S - Sila share jika memberi manfaat.
Sumber : Shaari Anuar, Shaari Anuar II