DOA SEORANG LELAKI KAMPUNG KEPADA ALLAH YANG MENGGETARKAN HATI

DOA SEORANG LELAKI KAMPUNG KEPADA ALLAH YANG MENGGETARKAN HATI

DOA SEORANG LELAKI KAMPUNG KEPADA ALLAH YANG MENGGETARKAN HATI
Unknown
Selasa, 29 Disember 2015

Dalam kitab Tabarani ada sebuah riwayat

Rasulullah S.A.W berselisih dengan seorang lelaki kampung dan dia sedang berdoa
Dia sedang berdoa dalam solat... Berdoa dalam solatnya
Rasulullah saw berhenti dan mulai mendengarkannya

Dan Dia mendengar pria itu berkata..
"Wahai Dia dimana mata tidak boleh di lihat-Nya di dunia ini,
Fikiran tidak boleh memahami kebesaran-Nya,
Manusia tidak boleh memuji-Nya dengan pujian yang pantas didapatkan-Nya,
Keadaan tidak mengubah-Nya,
 
Dia tidak takut akan berlalunya waktu,
Dia mengetahui dengan tepat berat semua gunung di dunia,
Dia mengetahui dengan tepat banyaknya air dari semua samudera di dunia,
Dia mengetahui dengan tepat jumlah butiran hujan yang terjatuh dari langit,
Dia mengetahui dengan tepat jumlah dedaunan dari pepohonan di seluruh dunia,
DAN Dia mengetahui jumlahnya dengan terperinci dari semua hal yang diterangi siang dengan cahayanya dan diselubungi malam dengan kegelapannya, 
Satu langit tidak boleh diselindung oleh langitnya yang lain dari Allah,
Satu tanah tidak boleh diselindung oleh lapisan tanahnya yang lain dari Allah,
Dan sebuah gunung dengan gua tergelap dan terdalamnya tidak boleh disembunyikan apa-apapun dari Allah
Dan samudera dengan kedalaman dan kegelapannya tidak boleh disembunyikan apa-apapun dari Allah"

Kemudian dia berdoa....
Dia berkata "Ya Allah buatlah bahagian terbaik dalam hidupku adalah bahagian terakhir bagi hidupku. 
Buatlah bahagian terbaik dari tindakanku adalah tindakan terakhir yang ku lakukan dalam hidup ini. 
Dan Ya Allah, buatlah hari terbaik dalam hidupku adalah hari dimana aku meninggalkan dunia ini dan kembalikan untuk berjumpa dengan-Mu"

Itulah perspektif kerohanian

Itulah manfaat dan rahmat kerana berhubung dengan Allah S.W.T

Sumber : themercifulservant
Terjemahan oleh : MFYSA

VIDEO : Do'a Seorang Badui Kepada Allah | Menggetarkan Hati




DOA SEORANG LELAKI KAMPUNG KEPADA ALLAH YANG MENGGETARKAN HATI
4/ 5
Oleh