KENAPA WAJAH ARWAH INI SECANTIK BIDADARI SEBELUM MENEMUI TUHANNYA?
Gambar Hiasan
Kenapa
Wajah Ini Arwah Secantik Bidadari Sebelum Menemui Tuhannya?.. Inilah
kisah yang ingin saya ceritakan. Sejak saya bertugas sebagai tukang
mandi mayat peneroka lebih 20 tahun, bermacam-macam jenis mayat telah
saya sucikan termasuk kanak-kanak, orang tua dan penagih dadah.
Kenapa wajah arwah secantik bidadari sebelum menemui ajal? Menurut ayahnya...
Pada tahun 2009, pukul 9.00 pagi kebetulan saya sengaja lalu ke rumah orang kenduri kahwin.
Pagi
itu saya berselisih dengan seorang isteri peneroka berusia 40-an
berbaju kurung berwarna pink. Isteri peneroka ini memang lawa. Kulit
kuning langsat.
Lama
saya pandang. Cantik betul. Pada pendapat saya kecantikannya sungguh
luar biasa, macam bidadari. Saya berkata dalam hati, hari ini lawa
sungguh. Pelik.
Kira-kira
pukul 1.00 tengah hari, saya mendapat tahu isteri peneroka yang
berselisih dengan saya pagi tadi telah meninggal dunia.
Saya
terperanjat! Saya jumpa suaminya secara peribadi dan bercerita tentang
kecantikan luar biasa isterinya sebelum meninggal dunia.
Rupa-rupanya bukan saya seorang melihatnya. Seorang lagi peneroka bercerita perkara yang sama melihat kecantikan wanita itu.
Semasa hayatnya isteri peneroka ini rajin bergotong-royong, suka bersedekah dan ikhlas kerana Allah.
Kejadian
terakhir yang sungguh berkesan berlaku pada tahun 2000. Petang
berkenaan selepas Asar saya lihat seorang anak dara yang belum kahwin
sungguh cantik.
Berkali-kali
saya berbisik, cantik sungguh anak dara ini. Saya tidak pernah tengok
anak dara secantik ini. Manis! Saya merasa pelik sunguh.
Esoknya,
saya diberitahu anak dara cantik yang saya lihat petang semalam telah
meninggal dunia selepas subuh. Gadis berusia 20-an itu terjatuh di bilik
air akibat tumor otak.
Pagi
itu isteri saya, Fatimah Mohd., 63, yang tolong memandikan mayat arwah
anak dara ini. Wajahnya macam bermekap. Cantik betul, kata isteri saya.
Kenapa wajah arwah ini secantik bidadari?
Saya
pernah jumpa ayah arwah dan beritahu anaknya cantik sungguh sebelum
meninggal. Menurut ayahnya, pagi itu sebelum masuk bilik air, arwah beri
makan kucing, peluk kucing.
Selepas
itulah arwah jatuh pengsan. Selama ini arwah sayang sangat kepada
kucing. Arwah tidak pernah berpisah dengan kucing kesayangannya.
Bukankah kucing antara binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang kasihankan kucing akan diberi pahala oleh Allah.
Mudah-mudahan
segala cerita ini dapat memberi serba sedikit pedoman dan iktibar
sebelum kita dipanggil menghadap Allah, meninggalkan dunia yang fana
ini!
Sumber : Mastika Jan 2011 (Gambar Sekadar Hiasan)
