DUNIA AKHIR ZAMAN !! APABILA SUAMI ALIM 'CURANG' DENGAN WANITA BERTUDUNG LABUH
Gambar Hiasan
Ana
sama sekali tidak menyangka. Perwatakan alim suaminya yang berubah
secara drastik, rupa-rupanya sekadar lakonan. Patutlah selama ini, ada
sahaja alasannya bila ditanya kenapa dia pulang lewat ke rumah. Katanya
ada perbincangan dengan kumpulan sekuliah.
Aiman,
dahulu tidak begitu. Sekalipun tidak bekerja, namun Ana masih boleh
menerima keadaan tersebut. Sudah ditakdirkan, Aiman terpaksa berhenti
kerja gara-gara syarikatnya tidak mampu lagi meneruskan operasi. Setahun
Aiman menganggur. Puas dia meminta kerja ke sana ke sini, namun hampa.
Ana
lalu mencadangkan agar Aiman menyambung pengajiannya. Manalah tahu
dengan sijil ijazah yang akan diperoleh itu ‘rezeki’nya lebih mudah.
Aiman setuju. Segala kos perbelanjaan pengajiannya ditanggung Ana.
Sesi
kuliah bermula, Aiman mula sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan
pensyarahnya. Justeru, tugas mengemas rumah dan menjaga anak diserahkan
kembali kepada Ana.
Aiman
pula sering memberi alasan dia sibuk dengan pengajiannya. Ana cuba
memahaminya. Namun, Ana sedikit curiga kerana Aiman sering pulang lewat.
Bila ditanya, Aiman mula baran.
Sejak
itu perangai Aiman pelik. Dia suka menyendiri. Telefonnya pula sentiasa
ada di tangan. Pernah sesekali Ana terdengar perbualan telefon Aiman.
Suaranya cukup lembut dan banyak nasihat agama dituturkan.
Paling
memeranjatkan Ana, Aiman sudah mula menggunakan kuasa ‘suaminya’ untuk
mengugut Ana. Pantang silap sikit, Aiman mula mengancam Ana dengan
talak.
Hakikatnya,
bukan Ana tidak tahu perangai Aiman di belakangnya. Ana sendiri pernah
terlihat Aiman bersama seorang wanita bertudung labuh, sedang makan
berdua-duaan. Lagaknya macam sudah kenal lama. Mesranya, bukan main
lagi. Bukan sekali, tapi adegan seumpama itu telah lebih dua tiga kali
Ana nampak. Bila ditanya, Aiman menafikannya. Apabila dirisik-risik
barulah Ana tahu, wanita itu adalah pelajar sekuliah Aiman.
Ana
rasa dirinya ditipu hidup-hidup. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ana
memberanikan diri menerima ugutan talak daripada Aiman. Ana tidak mahu
sepanjang hidupnya ditipu suami yang tidak tahu mengenang budi.
Tip kaunselor
ISU
suami berselindung di sebalik perubahan tingkah laku zahirnya bukanlah
satu cerita baharu. Sebagai isteri, berhati-hatilah dengan perubahan
suami, khususnya apabila ia berlaku secara drastik, agar tidak menjadi
mangsa penipuan. Tip kaunselor kali ini memandu pembaca untuk lebih
berhati-hati dalam menghadapi situasi sama.
- Sebagai suami isteri,sikap percaya dan jujur merupakan elemen penting untuk mengekalkan perhubungan perkahwinan kerana tanpa sikap ini rumah tangga akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan boleh menimbulkan perselisihan yang berpanjangan dan membingungkan.
- Apabila suami menunjukkan perubahan yang mengelirukan, seperti berubah tingkah laku, suka memberi alasan apabila diminta melakukan sesuatu atau mulai menyimpan barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, beg kerja dan sebagainya, ia adalah petanda sesuatu sedang berlaku di luar pengetahuan isteri.
- Tidak dinafikan, bukanlah semua suami yang berubah seperti yang disebutkan mempunyai agenda peribadinya untuk menutup perbuatan penipuannya terhadap isteri. Tetapi ada juga yang berubah, kerana keinginannya secara ikhlas untuk berubah. Cuma yang membezakannya, apakah perubahan itu konsisten atau untuk tempoh tertentu. Dan isteri seharusnya bijak untuk menilai.
- Sekiranya isteri dapat mencium penipuan suami, isteri perlulah berterus terang dengan suami dengan mendapatkan penjelasan daripadanya. Dan sekiranya ada bukti, itu lebih utama supaya suami tidak menuduh, isteri hanya memasang jerangkap samar.
- Jika suami berdolak-dalih tentang perkara tersebut, mohon untuk berhadapan dengan individu atau pihak yang terlibat. Sekiranya suami bercakap benar, isteri perlu belajar menerimanya tanpa ada rasa syak. Ini kerana apabila perasaan dan fikiran tersebut tidak diselesaikan ia akan meninggalkan keraguan yang berpanjangan.
- Sebaliknya jika pengakuan suami menepati apa yang disangka selama ini, isteri perlu bersedia untuk melakukan tindakan yang sewajarnya seperti melibatkan suami dalam perbincangan secara serius dengan pihak yang diberi autoriti, membantu pasangan yang buntu.
Pandangan Kaunselor
KEHIDUPAN
di zaman serba canggih ini menagih pasangan suami isteri untuk bijak
mengatur segala keperluan rumah tangga. Baik daripada segi masa,
komunikasi dan kewangan, ia memerlukan pasangan untuk saling memahami
antara satu sama lain. Tambahan pula apabila masing-masing bekerja.
Suami
dan isteri perlu belajar menyesuaikan diri dengan gaya kehidupan
berumah tangga. Sekali gus bersedia daripada segi mental dan fizikal.
Ini kerana rumah tangga adalah ruang untuk memenuhi keperluan peribadi
dan ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab setiap pasangan.
Apatah lagi apabila dikurniakan anak-anak. Tanggungjawab itu akan menjadi lebih besar.
Apa
pun, isu suami isteri bekerja atau salah seorang tidak bekerja perlu
ditangani dengan baik kerana jika kedua-dua bekerja mereka perlu
memahami kesibukan dan tumpuan kepada dua perkara yang utama iaitu
kerjaya dan keluarga.
Begitu
juga jika seorang sahaja bekerja. Jika suami sahaja bekerja dan kurang
kemampuan untuk menanggung keluarga, isteri yang tidak bekerja perlu
mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Namun jika suami
berkemampuan, maka isteri boleh memberikan tumpuan kepada melayan
keluarga dengan sebaiknya.
Berbeza
jika suami tidak bekerja, pasti isteri akan menanggung segala keperluan
hatta duit rokok dan kredit telefon suami. Inilah tekanan yang isteri
terpaksa hadapi demi kelangsungan perkahwinan mereka.
Isu
utama yang berlaku dalam keadaan seumpama ini bukanlah bekerja atau
tidak, tetapi bagaimana pasangan menguruskan kehidupan keluarga dengan
nilai-nilai yang positif. Sebagai contoh suami yang tidak bekerja, dia
perlu melakukan tugasan rumah sebagaimana seperti isteri yang tidak
bekerja. Sebenarnya inilah peranan suami sekalipun mereka bekerja. Namun
hari ini, ia seolah-olah sudah menjadi peranan isteri secara mutlak.
Ada
juga pasangan yang tidak bekerja tetapi mengambil kesempatan
kepercayaan yang diberikan dan mengkhianatinya dengan pelbagai gejala,
seperti hubungan terlarang dengan orang ketiga, menggunakan pasangan
untuk membuat pinjaman peribadi bank dan pelbagai perlakuan yang
akhirnya membawa masalah. Perkara ini terjadi apabila suami terlupa
tentang tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga.
Seorang
isteri boleh menerima keadaan suami yang tidak bekerja dengan syarat
suami tidak mengabaikan keluarga dan bijaksana menghargai isteri dengan
menggunakan ruang masa untuk membantu mengurangkan beban isteri dan
keluarga. Suami dan isteri yang baik sentiasa menggunakan kesempatan
yang ada untuk saling memahami keperluan masing-masing. Begitu pun,
fitrah kejadian makhluk di muka bumi ini, suami harus berusaha mencari
nafkah untuk menanggung keluarga dan bukannya meletakkan tanggungjawab
tersebut di bahu isteri. Hanya dalam keadaan tertentu, ada kala isteri
terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut tetapi hanya untuk
sementara dan bukan selama-lamanya.