Belanjawan 2016 : Permohonan Visa Secara Atas-Talian Dan e-Visa Akan Dilaksanakan
Dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada arena pelancongan,
kerajaan turut akan melaksanakan beberapa perkara yang memudahkan
pengunjung luar ke Malaysia, dan juga penduduk tempatan ke luar negara.

Berkongsi mengenainya, Najib Razak mengumumkan yang mana mereka akan
melaksanakan permohonan visa secara atas-talian tidak lama lagi, dan
akan dimulakan dengan beberapa negara, termasuk China, India, Myanmar,
Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan juga Kanada.
Disamping itu, untuk memudahkan pelancong luar ke Malaysia, kerajaan
akan melaksanakan program e-Visa – dan ia akan dilaksanakan bermula
pertengahan 2016 kelak.
Sumber : Amanz.my